Wednesday 12 September 2012

Assalammualaikum...

Hai hai hai... hari ni satu hari duduk rumah.. sebab kelas batal. So, duduk je lah rumah...
Tiba-tiba hari ni rindu dekat mak. Hmm walhal semalam baru je dengar suara mak. Rasa tak sabar nak tunggu hari jumaat nak balik rumah...

Hahaha banyak-banyak hari..aku suka hari minggu. Nak tahu kenapa? sebab..hari minggu rumah aku akan jadi Full house. Semua orang ada dekat rumah..ada mak, abah, adik,abang dan anak-anak buah yang bikin kecoh satu rumah dengan kenakalan diaorang..Dan hari minggu jugak lah mak akan masak sedap-sedap.

Walaupun duduk rumah je...tapi rasa seronok sebab kita bersama dengan orang yang kita sayang.Rasa bahagia! rasa aman, tenang, damai dan bebas dari masalah hahaha

Pesanan ikhlas dari saya..sayangilah ibu bapa anda dan hargailah mereka sementara merka ada disisi anda ^_^





Wednesday 5 September 2012

Coret-Coret sikit

Assalammualaikum..

Hai semua... hari ni cuaca panas , mendung, hujan!! haha biasalah cuaca sukar diramal...sebab tulah ada peribahasa "ku sangka panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di siang hari..." macam lirik dalam lagu slam je kan.

Apa yang nak dicoretkan-coretkan??? 
entahlah tak tahu nak taip apa..tak tahu nak kongsi apa dengan kamu semua.
Jom kita dengar lagu ni dulu sebelum kita sambung bercerita..



Lagu ni buatkan aku teringatkan kawan-kawan aku yang dah aku kenal nak dekat 3 tahun. Kawan-kawan yang pagi, petang siang, malam aku hadap. Kawan-kawan sama-sama bergelak ketawa..sama-sama merungut..sama-sama menangis..sama-sama serabut dengan final exam sama-sama berdebat mengeluarkan teori2 kebaBOMM...dan kadang-kadang jadi kawan bergaduh haha tapi itu semua mengajar kita jadi lebih matang.

3 tahun di bumi sabak bernam, di tempat yang aku bayangkan dahulu cantik dan indah dengan sawah padi menghijau. sepanjang jalan ( itu sebelum aku sampai menjejakkan kaki) tetapi bila aku sampai ke sini ( masa tu tahun 2010) hahaha macam nak menangis nak patah balik klang sebab sepanjang jalan nampak kelapa je...pendalaman betul ! The real kampung....

Tapi Alhamdulillah di tempat ini lah aku jadi AKU YANG BARU.

Mula mengenal erti kehidupan. Disinilah aku keluar dari keponpong ibarat rama-rama yang baru keluar dari kepongpong lah kan..hahaha

So,banyak kenangan yang kami kongsi dan kami lalui bersama. Moga-moga setelah kita berpisah membawa hala tuju kita masing-masing kenangan ini boleh mengubat kerinduan.. kalau kauorang rindu lah..

Makan maggie dalam satu mangkuk besar 5 garfu tu paling indah...maggie yang biasa2 tu rasa sedap bila kita berkongsi kan kan?



5 SAHABAT

Tapi memang betul lah kan kenangan yang paling best adalah waktu kita sekolah dan belajar It is too sweet!!

Kepada kawan-kawan...lagi 3 bulan je lagi kita akan tinggalkan Politeknik Sabak Bernam..tak taulah bila lagi kita akan jejakkan kaki kita dekat sini lagi kan?? walaupun mula2 dulu punyalah kutuk tempat ni..tapi tempat nilah yang dah mematangkan kita dan tempat kita menimba ilmu DAN tempat ni lah yang menemukan kita 5 sahabat.

Akhir kata dari saya.... hahaha macam berceramah pulok. akhir kata xada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ini...tapi ketahuilah kamu..

AKU SAYANG KORANG... ^_^