Monday 31 December 2012

Temuduga Pertama What Happen?

Assalammualaikum

Di hari yang mendung ini, tidak kelihatan sang mentari. Mungkin malu menunjukkan diri..lalu dia bersembunyi di balik tirai awan.

Temuduga Pertama.

So, macam mana? haha jawapannya....ok dengan sengajanya saya menolak tawaran tersebut setelah melihat apa yang saya lihat dan fikir apa yang saya fikir sebelum ini dengan sebaik-baiknya. Semua ini dibuat diatas sebab-sebab tertentu. Kali ni dah masuk 2 tawaran aku menolak, hoi DEMAND betul! macam bagus sangat... 

Diharap temuduga yang lagi satu ni tak ada sebarang masalah yang timbul. Tapi macam tipis je..sebab jawatan yang ditawarkan tu agak besar dan aku tak ada pengalaman dalam description job yang disenaraikan, kalau dia nak ajar boleh lah... hahaha apa-apa pun.... cuba je lah.

Kenapalah permohonana aku yang setakat kerani tu tak dipanggil-panggil. Dahlah senang, dekat pulak tu dengan rumah.

Haha lupa nak cerita, pagi tadi merempet dari Port Klang ke Puchong semata-mata nak pergi interview, bukan main jauh lagi aku datang. Bukan main laju my brother bawa motor, rasa nak terbang melayang-layang pun ada. Tudung bawal aku? jangan cakaplah... habis digubah-gubah oleh angin. Nasib baik pakai kemeja dengan seluar slack kalau baju kurung...hmm hilang keayuan aku hahaha (perasan betul cik yana ni)

Oklah...sampai sini dulu kita bersembang bersendirian ye.... lain kali jumpa lagi.
Ikhlas dari penganggur Demand

Thursday 27 December 2012

REZEKI YANG DATANG

assalammualaikum

Hari ni mood gembira sebelum buka email. Selepas buka email dan baca email yang dinanti-nanti... akhirnya tersenyum aku dipanggil untuk interview bagi jawatan auditor/ account assistant. Tapi sayang bila tengok pejabat dia dekat Puchong, ada kegusaran disitu. Again! masalah transport nak ke sana.... hmmm hati rasa tak senang.. apa yang perlu dibuat. Peluang dah ada..... sanggup tak sanggup. Ya Allah....

Wednesday 26 December 2012

KEPENATAN MENCARI KERJA

Assalammualaikum..

Harini tak ada mood nak senyum-senyum... sebabnya penat sangat mencari kerja. Mana taknya.. menapak ronda-ronda cari kerja dekat pekan Pelabuhan klang tu..jalan kaki pulak tu dengan panasnya...semoga kepenatan sementara ni membuahkan hasil..dapat lah kerja...harap sangat ada orang call tak pun esok hantar form terus dapat haha 

Duit pun dah banyak habis dekat print resume je ni.... nampak makanan pun kena tahan sebab semua duit untuk pergi cari kerja. Sadis betul...

Baiklah..malam ni nak tidur awal... tunggu orang tu online pun tak guna...tak muncul-muncul. Hai..rindu ke? hmmm entahlah. 

Malam yang tiada mood.

Tuesday 25 December 2012

DIA ADALAH.... (PART 2)

19 November 2012
8.45 malam

Sedang asyik Hanna menonton rancangan kegemarannya di televisyen, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Alangkah derasnya jantung Hanna berdegup apabila melihat meseg tersebut daripada Asraf. 

" Hai" sapa Asraf dia dalam meseg.
" Hai" balas Hanna.
" Buat apa tu..buzy nampak?"
"Awak buat macam tak ada apa-apa yang berlakukan?"
"Hmm sorry..."
"Hmm kenapa buat saya macam ni? kenapa tak bagi tau awal-awal kalau awak dah ada yang lain?"
" Hmm"
" Kenapa tak jawap soalan saya? Hmm tak apalah.benda dah jadi..saya doakan awak bahagia bersama dia. Mungkin ni takdir kita, awak bukan orang yang saya cari selama ini."
" Maafkan saya... awak masih marahkan saya?"
"Tak... saya dah lama maafkan awak. Saya tak tahu kenapa saya tak boleh marah awak walaupun awak buat macam ni. Awak mungkir janji..awak yang suruh saya tunggu awak, tapi sekarang....hmmm mak awak salah hantar rombongan meminang."
"Awak masih ada dalam hati saya."
" Sudahlah awak... awak dah jadi tunang orang. kita dah tak ada apa-apa... saya akan cuba sedaya saya lupakan awak, lupakan cinta kita. Awak dah bertunang dengan dia, awak kena jaga hati dia. Tak lama lagi awak pun dah nak kahwin kan? hmm bila awak nak kahwin?
" Tak nak kahwin!"
" Mengadalah awak ni... nanti kahwin jangan lupa jemput saya."
" Jangan mengarutlah."
" Saya tak mengarut. Awak pernah dengar lagu disana menanti di sini menunggu?cerita dalam lagu tu sama macam cerita cinta kita. Akhirnya awak pilih dia dan saya yang di kejauhan ini mengundur diri hahaha"
"Awak jangan merepek. saya yakin awak milik saya suatu hari nanti."
" Sudahlah awak. Saya pasrah dengan takdir ini. Saya doakan awak berbahagia bersama Mastura. Selamat malam..assalammualaikum." Balas Hanna mengakhiri perbualan itu.

   Walaupun Hanna masih tidak mampu membuang perasaan kasih , sayang dan cintanya kepada Asraf. Namun, dia gagahkan juga hatinya untuk menerima semua ini. Kerana dia yakin disebalik kekecewaan ini pasti ada hikmah yang tersembunyi.

   Malam itu, sekali lagi hatinya berduka, lantas tanpa disedari air mata membasahi pipi mulusnya.

" Adakalanya hidup ini umpama hirupan kopi. Kopi itu pahit, tetapi di dalam kepahitannya ada tersembunyi kemanisan yang akan dirasai dipenghujungnya."





Sunday 23 December 2012

DIA ADALAH.... (PART 1)

11.00 pagi
28 oktober 2012 

     Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat Hanna, sebabnya hari ini hari lahir Asraf. Semalam dia dah hantar sms ucap selamat hari lahir haha sanggup dia menahan ngantok tunggu jam sampai  pukul 12 tengah malam, semata-mata nak jadi orang pertama yang wish birthday Asraf. Tapi Asraf tak balas pun sebab dia masih offphone macam selalu. Entahlah, dah penat mulut ni merungut dengan perangai dia ni tapi tetap macam tu jugak perangai dia.

    Selepas siap menolong mak mengemas rumah dan memasak, cepat-cepat Hanna masuk bilik. Apa lagi kerja dia kalau bukan hadap Facebook. Melihat kalau-kalau ada topik Hot yang boleh dia turut serta. Bukannya mengumpat tau, haaa tak baik tau mengumpat berdosa. Berbalik kepada tadi, hmmm Hanna mempunyai satu habit semenjak dari 3 tahun yang lepas, iaitu...tengok gambar boy friend sendiri dekat Facebook. Lebih kurang macam stalker lah... kenapa? mengapa? sebabnya.... boy friend Hanna tu... tak nak approve Hanna jadi friend dia dekat Facebook, katanya tak suka nanti Hanna berkawan dengan kawan-kawannya. Entahlah Hanna malas nak berdebat, sebabnya Asraf tak kan ambil peduli pun apa yang Hanna cakap tu. Kalau tu kata dia, tu lah jugak dia nak. Hanna lebih memahami Asraf. Selepas puas menatap wajah si buah hati, tiba-tiba terlintas di hati Hanna untuk melihat seorang lagi mangsa-mangsa stalkernya. Semenjak dari satu peristiwa yang menggegarkan dunia percintaan mereka, Hanna rajin stalker Facebook Mastura. Mastura ni rakan sekuliah dan sepoliteknik dengan Asraf.

    " Hah!" Hanna menjerit kecil apabila melihat profile picture Mastura. Jantungnya berdegup pantas, terasa darah naik sehingga ke kepala. Dadanya tiba-tiba sahaja terasa sakit. Terkejut bukan kepalang, apabila melihat lelaki di sebelah Mastura di dalam gambar tersebut. Dengan pantas, jari-jemari Hanna klik photo mencari-cari album profile picture milik  Mastura. Ingin melihat dan mendapatkan kepastian dengan sejelas-jelasnya bahawa itu adalah Asraf. Alangkah sakitnya hati Hanna apabila membaca komen-komen yang tertera jelas mengucapkan tahniah atas pertunangan diantara Mastura dan Asraf.

    Lama Hanna merenung gambar tersebut. Ingin menangis tetapi tiada air mata yang hendak keluar. Ingin marah tetapi tiada perasaan marah yang hendak diluahkan. Lantas Hanna menutup laptopnya, dan mencapai handphone. Dia menaip meseg kepada Asraf mengucapkan tahniah diatas pertunangan itu serta mendoakan kebahagian mereka. Dia menyeka air matanya dan segera bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewanya di Sabak bernam.

   3.00 petang

   Hanna berseorangan menunggu bas ke Kuala Selangor. Dia bersandar di dinding, melihat orang-orang yang lalu lalang dihadapannya. Cuba untuk melupakan apa yang dilihat pagi tadi. Namun dia gagal, air matanya mula bergenang di tubir mata, cuba menahan sebak didada dan berharap bas akan tiba secepat mungkin. Sebaik sahaja bas tiba dihadapannya, pantas sahaja Hanna melangkah masuk ke dalam bas. Hasratnya hanya satu, dia ingin menghamburkan air matanya yang tidak dapat ditahan lagi. Maka tanpa berasa malu, Hanna menangis di tepi tingkap, dia memalingkan wajahnya agar tiada penumpang lain yang melihat dirinya yang sedang diselubungi kesedihan. Disitu Hanna melepaskan kesedihannya sendirian sambil telinganya disajikan dengan lagu-lagu tamil yang dipasang oleh Driver bus.



   

   

    


Friday 21 December 2012

DOA PEMBUKA 12 PINTU

Assalammualaikum...

Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang cukup indah dengan kau orang semua. Doa ni aku cari dalam internet... sebabnya mak yang suruh cari.. dia kata amalkanlah doa ni...supaya dipermudahkan segala urusan. Buat kawan-kawan yang masih mencari-cari pekerjaan macam aku, bolehlah amalkan doa ni ye. Disamping kita sibuk berusaha jangan lupa untuk menadah tangan memohon padaNYA.



Sesungguhnya ISLAM Itu Cukup Indah

Monday 17 December 2012

Bila Rindu..... Apa Mau Bikin?

Assalammualaikum...

Hari ni tajuk yang terlintas di fikiran... Bila Rindu..Apa Mau Bikin?
Bila rindu dekat orang yang kita ingat, hanya mampu berkata-kata dalam hati
" saya rindu awak" sambil jeling-jeling handphone.

Bila kita rindukan seseorang tapi kita tak mampu untuk menghubungi dia sama ada sebab tak nak call, atau tak nak hubungi dia lagi atau kredit anda tidak mencukupi, atau tak ada talian ditempat anda atau anda dah buang number dia atau anda terlalu ego atau..... sudah cukup sudah...

Kalau akulah kan...aku akan tengok gambar orang tu....orang tu.. orang-orang yang kita rindulah...hehe
Tak apa lah, kalau tak dapat nak cakap dengan dia..kita cakap je dengan hati pasti dia pun akan tau kita rindu dia..haha yeke?? pandai-pandai kau ni....

Tak pun kalau nak nampak DRAMA sikit, bukak tingkap - pergi merenung bulan dan bintang lepas tu pasang lagu P.RAMLEE... "Tunggu sekejap....wahai kasih...hujan renyai diluar....." haha sikit jelah ye....

Kalau yang duduk rumah flat tu best jugak kan? nak-nak lagi rumah paling atas...bulan setara je rasa...haha angin sepoi-sepoi bahasa..feeling habis..

Hmm rindu...biarlah ia dibawa angin lalu... biarlah rindu ini sekadar dibisikkan di angin lalu...



Buat anda yang merindui mereka yang telah pergi buat selamanya....
Kirimkanlah mereka dengan sedekah ayat-ayat suci AL QURAN serta DOA buat mereka disana...




Wednesday 12 December 2012

MESSAGE DARI SEORANG SAHABAT

Assalammualaikum..

Oit oit! awak yang sedang membaca blog saya ni....
Awak sihat? semoga awak diberkati Allah ye...
dan jangan lupa untuk senyum ok?
sebab sambil kita senyum....kita bukan je membuatkan wajah kita tu sweet like candy but awak juga memberi sedekah tau, hari- hari senyum banyak sedekah awak buat (^_*)

Senyum..tak perlu kata apa-apa...

Kebetulan tadi, masuk satu message dari seorang sahabat yang diberi nama... Sapriani Saipul, membuatkan aku tersenyum membaca message tersebut. Katanya...

" Assalammualaikum awak.. awak apa khabar? rindu kat awak...laaagii rindu dekat tomyam dan paprik awak...hahahaha"


Katanya lagi, tiba-tiba teringat masakan aku. Hai..... saya pun rindu nak masak untuk awak-awak semua. Awak nak tau? saya ikhlas dan suka masak untuk awak-awak semua dan saya sangat-sangat gembira bila tengok awak-awak semua makan. Terutama sekali, bila saya masak tomyam hahahaha lagi-lagi cik Nabilah Ruslan . Suka tengok awak makan hirup-hirup kuah tomyam tu, selalunya awak akan ambil semangkuk untuk awak. Bila tengah-tengah malam mesti awak lapar lagi..dan saya dalam bilik akan terdengar bunyi orang buka periuk nasi haha masa tu saya tau awaklah orangnya yang makan lewat malam tu...

Cik sapriani saipul awak pulak memang kuat makan haha tapi awak comel... saya tau sayur yang paling awak suka...adalah  terung kan?? sebab tu kadang-kadang saya beli terung sebab saya ingat dekat awak. Cik noratikah ismail pulak tak makan sardin, tapi dia suka makan ayam. Dia tak boleh makan seafood sebab tulah kita tak beli seafood..tapi dia suka makan ikan goreng yang digoreng garing-garing. Cik emi yasri.....awak paling cool awak tak kisah saya masak apa pun...tapi awak ni lah yang paling banyak pantang larangnya...awak tak makan ikan masing, awak suka ikan bilis macam yang mak awak beli dekat kampong, awak dengan yani memang hantu kicap hahaha cepat je kicap habis. Tapi saya suka dan rindu dekat sambal belimbing awak tu.... saya rindu jugak sambal sapriani saipul resepi dari Sabah!

Saya rindu jugak suasana kita makan sama-sama dekat kedai makan dekat pantai belakang poli. Sambil tunggu makanan kita borak-borak, gelak-gelak (kuat-kuat =_= hey..... tak ada siapa boleh lawan tika gelak wa cakap lu...tapi nasib baik dia comel bila gelak macam tu. Satu soalan kenapa dia gelak kuat2? tapi bila dia bersin alahai....sweet betul slow je volume bersin dia tu. siapa boleh jawap?) hahahaha gurau-gurau je ye tika...

Ok lah sampai disini sahaja...
Masa pun dah berkata-kata... " sudah...cukup-cukup sudah..."

Akhir kata dari saya..... saya sayang kawan-kawan saya.



JOM DENGAR LAGU...

assalammualaikum semua...

Harini kita tak payah baca, kita dengar je lagu ye....

Ni lagu yang di sugest kan oleh seorang kawan sekuliah.

JANGAN LUPA NAMAKU 



LAGU



SWEET CHILD O MINE



BETTER MAN- ROBBIN WILL


I DON'T WANNA MISS A THING


YA SUDAHLAH



ooooo oklah ea....dengar yang ni jelah lainkali kita dengar lagu lain pula ye. Hahahaa lagu-lagu ni dipilih secara random je...ikut suka telinga nak dengar apa...


Tuesday 11 December 2012

HADIAH TERINDAH PADA TAHUN 2012

Assalammualaikum semua
Hai-hai-hai.... :)

Senyumlah walau anda sedang berduka ,kerana senyuman penawar segala duka (^_^)

Cerita hari ni....aku dapat hadiah paling terindah buat tahun ni. Sememangnya hadiah tersebut walau xdapat dilihat dengan mata dan tak dapat dirasa dan disentuh dengan tangan mulus ku ini tapi hadiah tersebut sangat-sangat bernilai sebab "TIDAK DIJUAL" atau "NOT FOR SALE". 

Ia juga merupakan sebuah IMPIAN aku hahahaha DREAM COMES TRUE oiii mana tak gembira sakan macam nak terlompat-lompat je...hehehe

Mesti nak tau kan hadiah apa tu? beg LV ke? PRADA ke? jam tangan ROLEX ke??? hahahaha bukan...bukan yang tu...yang tu tak hingin lagi....dah tahap kayo rayo baru terhingin kot hehe gurau je..

Hadiah yang menggembirakan tu ialah.....  last sem ni aku dapat lagi Anugerah Ketua Jabatan... so means konvo nanti dapatlah pingat yang diimpikan selama ni. Walaupun just pingat, tapi memori, jatuh bangun, susah payah, tak tido malam, bergelumang dgn buku-buku, perasaan yang kadang-kadang dah putus asa, kegelisahan tak dapat jawap soalan dan macam-macam lagi lah yang tersembunyi disebalik pingat tersebut yang sangat-sangat berharga.

Kejayaan ni buat diri sendiri, family, kawan-kawan dan untuk orang dekat sana. Buat orang dekat sana...saya dah berjaya tunaikan janji saya.

Kejayaan ini juga aku capai sebagai seorang hambanya yang lemah yang sentiasa berharap padaNYA. THANK YOU ALLAH.

Ingat ye kawan-kawan setinggi mana pun kejayaan kita, seluas mana pun tanah jajahan kita, bertimbun mana pun harta kekayaan kita jangan kita lupa asal usul kita, yang hanya dari tanah. Semua yang kita kecapi adalah atas izinNYA dan semua yang kita miliki adalah milik DIA. Oleh itu, jangan sesekali kita lupakan dan kita sombong denganNYA

Ni nak bagi sedikit petua kejayaan..hehehe ada 3 je tak banyak pun..


1) Berusaha.
kenalah berusaha sebab bak kata pepatah melayu... Bulan takkan jatuh ke riba kalau asyik tenung je bulan tu. So...kalau nak pergi bulan kenalah jadi angkasawan hehehe

2) Berdoa
Kita kena sentiasa berdoa kepadaNYA. Sebab orang yang tidak berdoa ni orang yang sombong kepada Tuhannya. Lagi pun doa itukan senjata orang-orang mukmin.

3) Tawakkal.
Selepas berdoa dan berusaha, kita tawakkal je kepada Allah. Kalau yang dihajati tidak dikecapi juga..percayalah kerana ada hikmah disebaliknya. Kerana apa? kerana Allah itu Maha Mengetahui. So jangan sedih kalau kita tak dapat apa yang kita nak sebab kita akan dapat yang lebih baik daripada itu.

Diharapkan petua tu boleh membantu anda ye. Bukan apa...kadang-kadang kita sebagai manusia ni nak mudah je.. xnak bersusah-susah dahulu..sehingga kita lupa cara yang kita guna tu salah. Tapi kita sebagai manusia tidak akan lari dari kesilapan...kerana kita insan biasa. Tapi jangan suka-suka je guna ayat tu untuk halalkan yang salah ye....jangan nakal-nakal ea..

Ok lah Assalammualaikum..kita jumpa lagi diruangan baru. see u....ahakz!!

Sunday 9 December 2012

Bicara Hati Berduka

Ya Allah ....
Kau tabahkan lah hati ini
Kau kuatkan lah hati ini
Kau tenangkan lah hati ini
Sesungguhnya begitu berat bagiku menahan perasaan ini

Ya Allah......
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang dilangit dan dibumi

Ya Allah
Hanya padaMu aku berserah
Berikan lah aku petunjuk jalan yang benar
Kurniakanlah yang terbaik buat ku
Sesungguhnya aku hambaMu yang kerdil dan lemah

Ya Allah
Pohonku padaMu....
Kuatkan lah Hati ini...
Sembuhkanlah hati ini
Dari kedukaan duniawi...