Thursday 10 April 2014

Nikmat Kehidupan dan Masa

Assalammualaikum....

Apa khabar semua... diharapkan anda semua sihat-sihat belaka dan senyum sokmo deh.. :)

Aku baru sampai ke UUM harini, sekarang ni tengah cuti sem seminggu. Tapi aku balik bercuti di rumah  5 hari sahaja. Selebihnya aku habiskan cuti di UUM sambil mengulangkaji dan bersantai-santai gitu hehehe. Seronok jugak duduk seorang-seorang ni...relax je...

Sebagai seorang pelajar buku tu memang tak lekang lah. Dan... sebagai pelajar perakaunan kalkulator juga sentiasa disisi kecuali untuk subjek membaca macam undang-undang perniagaan ia tidakdiperlukan!

Rasa tenang je harini....

Buku, pen, kalkulator, kertas, radio sinar fm online,  buku Dr.MAZA " Aku ingin kembara lagi", tea time sensorang diri huhuhu dan Al-Quran peneman aku harini dan beberapa hari lagi. Serta blog untuk bercerita.

That's my life... ( senyum sendiri)



Inilah aktiviti harini, exam FM2 ahad ni..kena buat ulangkaji sebagai persediaan untuk menjawab exam.

Sedang menghabiskan buku ini, masa ternampak buku ni hati bunga-bunga sakura tau

Mari aku bagitahu cuaca di UUM ,Kedah ni ye... cuaca harini ceria = panas. Petang ni kelihatan redup sahaja. Kalau jalan-jalan di Tasik pasti best menghirup udara segar dan disapa bayu entah dari mana hahaha indahkan hidup ni...


Sekarang ni tengah musim bunga di kedah, ceq nak pergi cari tempat ni... nak bergambar dengan rakan-rakan sekembalinya mereka dari bercuti nanti.


Ok, selamat menikmati petang anda walau dimana anda berada. Akhir kata, manfaatkanlah masa yang ada dengan sesuatu yang berfaedah. Seiring dengan agama.

p/s : senyum selalu.... :)

Perkongsian Ilmu : Al - Quran Menjadi Petunjuk Bagi Perempuan yang Bertakwa

Assalammualaikum....

Hai lama dah tak buka blog sendiri. Harini aku nak kongsikan sesuatu apa yang aku baca sebentar tadi. Harap-harap , kita semua dapat manfaat daripadanya.

Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang yang bertakwa, tidak terkecuali bagi perempuan. Orang yang mahu mendapatkan petunjuk dari Al- Quran harus terjalin dengannya dengan hati yang sihat, jernih, takut, waspada dan hati-hati. Ketika itulah Al-Quran akan membuka pelbagai rahsia dan cahayanya pada hati orang yang bertakwa.

Diriwayatkan bahawa Umar bin Khattab r.a bersoal kepada Ubai bin Ka'ab tentang takwa. Ubay bertanya kembali kepada Umar,

" Apakah engkau pernah melalui jalan berduri?"

Umar menjawab, " Pernah"

Ubay bersoal lagi, " Apa yang engkau lakukan?"

Umar menjawab, " Aku berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh"

Ubay bin Ka'ab berkata, "Itulah takwa."

( Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Itulah hakikat takwa, iaitu kepekaan hati nurani, keheningan perasaan, rasa takut yang terus menerus, bersikap hati-hati dan waspada terhadap duri-duri jalan. Dalam menjalani kehidupan ini, sangat banyak tarikan duri-duri nafsu dan syahwat, duri-duri cita-cita dan angan-angan, duri-duri keresahan dan kegelisahan, duri-duri harapan palsu kepada orang yang sesungguhnya tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi harapan, duri-duri ketakutan palsu terhadap orang yang tidak mampu memberi manfaat atau bahaya dan masih banyak duri yang lain.

Perempuan yang bertakwa tidak akan mudah tergelincir disebabkan duri-duri kehidupan kerana benteng takwa telah menetapkan hatinya untuk mengambil dan menerima Al-Quran sebagai petunjuk kehidupannya. 

Abu Rauq meriwayatkan dari Ad-Dahhak, dari Ibnu Abbas r.a mengenai ' hudal lil muttaqin', dia mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang beriman yang menjauhkan diri dari kemusyrikan terhadap Allah dan sentiasa beramal dengan mentaati-Nya.

Dari At-Tiyah As-Sudi r.a Ia berkata, Rasullullah SAW bersabda, " Seseorang hamba tidak akan sampai pada darjat takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang makruh kerana bimbang akan terjerumus ke dalam dosa." (Hadis riwayat Tarmizi). (Ibnu katsir, Tafsir Al-Quran Al-Azim, Jilid 1, 1996:42)