Saturday 30 August 2014

Pelangi Untuk Dia

Assalammualaikum..

Pelangi untuk dia. Walaupun dah hampir 2 tahun kami tidak berhubung atau senang kata memutuskan hubungan tapi ingatan terhadap dia tak pernah hilang. Dia adalah seorang kawan. Mengapa memutuskan hubungan? kerana itu adalah lebih baik daripada terus berhubung. Hari ini aku teringat akan dia lagi. Bukan hari ini je.. sebenarnya kerap kali juga cuma kadang-kadang aku akan terlupa dia bila diri ini sibuk bersama-sama rakan-rakan lain dan rutin harian yang sibuk.

Hmmm dulu kalau ingat dia, mesti hati akan sedih. Tapi sekarang hati dah kuat dan tabah. 

Masa cepat berlalu, seakan-akan baru sahaja ia berlaku.

Sekarang kehidupan dia lebih jauh berkembang daripada kehidupan aku. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata. Sekarang mesti dia sedang berbahagia bersama pasangannya. Walaupun mungkin dia fikir aku marah akan dia, tetapi sebenarnya aku tumpang bahagia bila lihat dia bahagia.

Tidak ada apa-apa niat di hati selain ingin melihat perkembangan hidup dia saja. Baguslah kalau pilihan itu membahagiakan dia. Semoga kehidupannya sentiasa dirahmati dan... walaupun perasaan itu kian menghilang pasti suatu hari nanti... aku akan lupakan kau selamanya.

Hahaha....

Dan aku... sedang meneruskan perjalanan yang aku pilih. Semoga jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik dan di penghujungnya ada hasil yang boleh membuatkan aku tersenyum melihat pelangi di tangan.

Semoga berbahagia.

Tuesday 19 August 2014

Surat Cinta



Allah lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit sebagaimana yang Dia kehendaki dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar daripada celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hambaNya yang Dia kehendaki, lalu mereka bergembira.

Padahal sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.

Maka perhatikanlah tanda-tanda rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi setelah mati (kering) . Itu bererti Dia pasti (berkuasa) menghidupkan yang telah mati. Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.

Surah Al-Rum ayat 48 - 50