Friday 19 June 2015

Kerana Allah Kasih...

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita, sampai juga kita menemui Ramadhan. Diharapkan semua pembaca di kurniakan kesihatan yang sejahtera untuk menunaikan puasa.

1:33 AM

Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Asyik bemonolog di dalam hati. Tentang kisah lalu. Lalu aku ambil keputusan bangun dari pembaringan untuk menulis di blog ni.

Apa yang aku monologkan?

Kadang-kadang aku lupa , yang aku ni seorang pesakit. Sebab Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang sejahtera buat aku. Syukur sangat sebab keadaan aku tidak seteruk orang-orang lain yang menghidap penyakit macam aku. Ada tu yang ada masalah dengan buah pinggang, ada yang terpaksa terlantar di katil Hospital sebab masalah saraf dan macam-macam. Tapi aku setakat kulit yang memerah ni je. Tidak sehebat ujian yang mereka itu tanggung.

Masa aku dapatkan rawatan di Hospital Putrajaya. Ada seorang Dr. . Dia perempuan. Dia kata...   

      " Adik orang terpilih, istimewa"

Masa tu dia senyum, dan aku turut senyum. Ye Aku insan terpilih. Terima Kasih Allah, kerana kurniakan aku nikmat penyakit. Nikmat tu, bukannya sekadar kau dikurniakan kekayaan,kesihatan yang sihat,keluarga yang bahagia. Nikmat tu lebih dari tu, di dalam kesusahan itu juga ada nikmat.

Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah menangis dan bertanya kepada tuhan. Kenapa aku yang dipilih???

Aku juga insan biasa.

Tapi bila aku pergi ke Hospital, dan aku lihat keadaan orang lain yang lebih sakit dari aku. Orang yang punya penyakit macam aku yang lebih teruk dan terasa kesakitannya dengan nyata. Aku bersyukur.

"Sesungguhnya Allah tidak pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh HambaNya"

Dan aku terfikir, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bila aku fikir dan aku renung. Allah sayang dekat aku. Sebab tu dia uji aku. Sebab selama ni aku lupa Dia.

Ada manusia yang dia jauh dengan Allah, sampailah usianya dijamah masa, dan dia masih jauh dengan Allah, sampailah dia tidak bernyawa di muka bumi ini. Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan kerana Allah tidak membiarkan aku hanyut dibawa arus.

Biasalah, manusia akan ingat Tuhan bila dia dalam kesusahan. Begitu juga aku. Allah tarik nikmat kulit yang cantik dari aku, kesihatan dari aku, dan dia juga tarik nikmat miliki bibir yang cantik dari aku. Selepas aku disahkan menghidap penyakit SLE ketika aku di tingkatan 4, di Tingkatan 5 aku terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah tiada apa yang teruk, cuma bentuk bibir berubah sedikit. Tak apa lah. Semua yang aku ada milik Dia. Termasuklah diri aku ini. Kita tak punya apa, sebab ini semua milik Dia. Dia berhak menarik apa yang dia kehendaki.

Lama kelamaan aku nampak hikmahnya. Aku nampak "batu permata zamrud". Aku tidak merungut, malah aku bersyukur dan gembira Allah jadikan begini. Kalau dia tak menarik nikmat yang aku miliki ni. Mungkin aku tidak jadi seperti aku yang kini.

"Bersangka baiklah dengan Allah"

Kini aku jalani kehidupan dengan melihat dunia ini penuh warna warni. Aku bersedia melalui apa pun yang mendatang di masa hadapan. Walau aku tak tahu, apa yang menanti. Semoga Allah memberikan aku kekuatan menjalani kehidupan yang penuh ujian dan semoga aku terus berada di jalanNYA.

Tuesday 16 June 2015

DIMANA JODOH KU??

Assalammualaikum...

Hahaha pasai apa tajuk entry lagu tuh? haha saja ja....

Aku pun tak tahu siapa jodoh aku, setakat ni jodoh dengan buku jelah hik hik hik....

Suka dengar lagu ni...

Kita pasti akan dijodohkan. Suatu hari nanti.

Bye encik jodoh.



P/s : Sedap suara depa kan :)

Sunday 14 June 2015

THROWBACK

Assalammualaikum....


Lama dah tak update blog bunga unggu ni kan... sebab hmm macam biasa tak ada idea dan kekangan masa nak membuahkan idea.

Hari ni saja buka blog , dan baca kembali semua entry yang aku tulis dan post. Wah.. macam tak sangka aku yang menulis macam tu, dan kadang kala ada entry-entry yang aku tulis dengan penuh motivasi. Bila aku baca, ia mengingatkan aku kembali.

Rindu zaman poli. Rindu zaman duduk sabak bernam. Sebab banyak bintang-bintang bertaburan di dada langit.

Dekat kedah ni tak nampak sangat bintang-bintang tu, mungkin sebab tak duduk tepi laut.

Tadi aku dengar lagu AL NURAA nyanyian mawi ft hazama. Sebaris ayat dia...


" Yang kita ingat jauh, sudah semakin dekat. "

Apa maksudnya?

Terlintas satu perkataan.

"Mati."


Mati tu makin hampir. Usia dah semakin meningkat, mati semakin dekat menjemput.

Semoga aku mati dalam husnul qotimah. Semoga kubur ku nanti akan jadi salah satu taman-taman syurga buat ku.

 Aku takut gelap. Aku takut ular. Mak kata, kalau kita tak solat, nanti dalam kubur ada ular. Ya Allah, ular dekat dunia ni pun aku takut tersangat. Bayangkan kalau ular tu belit-belit aku yang kaku dalam kubur tu? Tak dapat nak lari. Tak ada siapa nak tolong.

Ya Allah, kau jauhkan kami dari azab kubur, azab api neraka, fitnah dunia dan fitnah dajjal.

Amin.......