Friday 15 June 2012

Tukar citarasa

Assalammualaikum


Selamat petang semua. Hari ni hari jumaat esok hari minggu..selalunya hari minggu ni kita akan luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan, apa kata kita cuba resepi baru untuk hidangan minum petang sambil bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Tanpa bercerita berjela-jela ,aku nak kongsikan dengan kau orang satu resepi baru yang aku dapat. So, kita tukar citarasa sikit lah ye.. dari kuih karipap, cekodok dan goreng pisang kita cuba pula peach cobbler. Jom tengok bahan-bahan.

PEACH COBBLER
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
275g mentega
1 cawan susu segar
1 tin buah pic
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 sudu besar gula


Cara-cara membuat

  1. Masukkan mentega di dalam bekas kaserol dan cairkan di dalam ketuhar pada suhu 190 darjah celcius.
  2. Campurkan tepung,gula halus, soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk aduan yang berisi adunan kering dan gaul sebati sehingga aduan tidak berketul-ketul.
  4. Tuangkan adunan ke dalam bekas kaserol yang berisi mentega cair.
  5. Siramkan jus pic ke atas adunan.
  6. Susun buah pic di atas adunan mengikut suka hati anda.
  7. Taburkan sedikit serbuk kayu manis dan gula.
  8. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 175 - 190 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga menjadi perang keemasan.

selamat mencuba!!! ^_^

Tuesday 12 June 2012

Bicara pertama

Salam perkenalan dan assalammualaikum,


Hmm ni ruangan pertama aku. Nama blog aku ' cari aku kembali ' hohoho so, agak kaku ruang pertama ni...sebab aku tak ada idea yang bernas yang menarik untuk dikongsikan bersama buat siapa-siapa yang terjejak ke blog aku yang tak seberapa ni..tak famous amos macam blog2 yang terkenal tu..blog ni hanyalah sederhana dan tidak pula aku janjikan ruangan2 yang menarik buat pembaca kerana citarasa aku dan kau tak sama...macam ada satu lagu indonesia tu..."aku suka singkong kau suka keju"... tapi, saya tak suka singkong..saya suka keju... blueberry cheese tart! hahaha apa-apa sahajalah. Baiklah, buat pertama kalinya aku merasmikan kehadiran blog ini...dengan itu, ingin aku sampaikan sebuah lagu buat anda-anda yang telah pun menjejak ke sini..