Friday 14 November 2014

Masa Depan

Bila review syarikat-syarikat besar ni untuk buat study case untuk subjek Financial Accounting & Reporting 2  aku rasa macam, alangkah bestnya bila dah grade ni aku dapat kerja dengan syarikat tu. WCT Bhd, Petronas, Muhibbah Engineering, Gamuda Bhd... dan macam-macam lagi.

Hmm mampu ke nak bekerja dengan mereka yang hebat-hebat ni? Nanti untuk practical aku nak cuba mohon buat practical dekat sana lah. Mana tau, rezeki aku ada dekat sana kan. Sekadar mencuba, tak salah kan. Aku memang suka memilih benda yang kadang-kadang aku rasa, aku tak boleh buat, tapi... aku rasa nak cuba nak tahu boleh dapat ke tak?

Sekali bila dah dapat, macam sekarang ni lah. Gatal tangan pergi pilih kos ni , Letak pulak diantara top 3. Disini aku berada, inilah aku sekarang. Sekali kaki dah melangkah masuk, taknak nak patah balik kan? So, jalanilah dan anggap je ini sebuah takdirku. Walaupun susah, walau pun aku rasa kadang-kadang aku tak kuat dan hampir-hampir melepaskan tali tapi aku tak boleh nak patah balik. Dah tahun 2 pun. Tak sangka aku mampu bertahan. Semoga apa yang aku pilih ni membawa hikmah di masa akan datang nanti.

Menangis setiap sem tu wajib kot! stress tu cukup tinggi. Kawan-kawan yang bukan satu kos dengan kau boleh relax tengok movie pergi sana pergi sini. Kau terpaksa hadap laptop menyiapkan kerja. Tengok credit hourse lah.. tengok je pun dah tau.

AIS memang hebat. Subjek AIS sem ni aku belajar "Programming". Tanpa ada asas dan pengetahuan yang mendalam. Ia agak susah untuk faham bahasa-bahasa coding ni. Maksudnya nak buat coding untuk system tu "run".

Agak leceh, sebab selalu keluar error, bila keluar error kena lah cari apa masalah kau! hahaha so bak kata sir Aidi. 


"Ask your best friend (Google)"


So, kawan kaitannya.... jangan pelik lah kalau nampak aku online fb 24 jam. Kerja aku memang connect dengan internet. Jadi, tangan aku dengan sengajanya buka 1 tab baru untuk berfb. Kadang-kadang berfb tu bukan untuk "berlagha" pun. Fb tu juga jadi medium untuk kami bertanya dengan kawan-kawan , tanya itu , tanya ini. Screen shoot itu ini. Kongsi Coding dan sebagainya lah. Kadang-kadang tu terlagha juga. Bilamana, otak dah tak mampu nak berfikir dan mencari konklusinya. Otak pun tahu penat tau.

So, ceritanya aku selalu buat kerja guna laptop. Duduk dalam bilik hadap laptop. Aku bukan suka pun. Silap-silap power cermin mata aku makin meningkat. What the life....

Entahlah. Gaya hidup makin berubah.

Hahaha, aku ni dah keluar dari tajuk dah ni...

Oh ye! aku tak pernah kongsi kos yang aku belajar dan ambil kan. Nanti aku kngsikan ye.

Ok lah bye..

Tuesday 11 November 2014

Nak Jadi Apa Bila Dah Grade Nanti?

Assalammualaikum....

Hello World!

Hari ni ada masa untuk menulis, waaaa serius hari ni rasa penuh kenikmatan ketenangan di hati dan aku rasa aku kembali hidup seperti kawan-kawan yang lain.

Mana taknya minggu-minggu yang lepas aku sibuk dengan peperiksaan midterm dan juga sibuk menyiapkan tugasan Projek ABC Accounting system untuk subjek BKAS. Fuhhh penat dan stress tahap nak nangis Menangis jugaklah aku. Sebabkan aku sibuk dengan benda tu, roomate aku taknak pelawa aku pergi Pesta Konvo dan tak ajak aku pergi photo Booth , tangkap gambar dekat Festival DPP BSN. kesian aku. Serius aku sedih dan menangis. Haaa emotional tau aku masa tu. Orang tanya soalan aku rasa nak marah je.....haha teruk! tu sebab aku stress sangat, bukan sengaja.

Semalam kawan aku kata, sempena dengan minggu Konvo ni:

" Kau grade in apa yana?
"B.AIS....."
"Tak sedap lah nama tu.. kami B.FIN..takpe-takpe... nama tak sedap tak apa, gaji nanti masyuk.."
"hahaha xnak lah aku ,serek dah.."
" dah tu kau nak jadi apa?"
"Tukang masak!"

Sebenarnya kehidupan ni tak boleh dijangka. Tak semestinya kita belajar benda tu  dekat Universiti, kita keluar nanti bekerja dalam bidang tu jugak. So, kerja je lah apa-apa selagi kerja tu buat aku happy dan selagi aku di bayar gaji.


#SelasaTanpaBicara


Sunday 19 October 2014

You Can Always Come Back Home

Assalammualaikum......


credit to google!
Tak mahu ckp banyak dalam ruangan kali ni....
Biar gambar berbicara ;)
Hanya nak kongsi sebuah lagu...
Khas buat semua kawan-kawan yang tak balik cuti mid sem dan yang sedang bergembira menikmati cuti mid sem..

Hari ni aku rasa, hari aku sangat indah. Macam musim bunga gitu..hahahahaha




selamat bergembira dengan hidup anda. Tapi ingat! pilih lah jalan yang benar lagi benar!

You can always come back home ;)

Friday 26 September 2014

Keberkatan Masa




"Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal"

Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa.
Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.
Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata,
" Semoga dpt rezeki yg berkat"
Itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? 

Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2.
Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis banyak buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.
Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.


#sharefromustaznasirfb

Friday 19 September 2014

Selamat Mengingati Hari Tua Kawan..




Assalammualaikum...

Hai.. disebabkan hari ni aku ada masa yang sangat terluang dan tak tahu nak buat apa hari cuti ni dan RAJIN pulak petang-petang ni nak menulis dekat blog ni kan. Sebenarnya aku baru lepas baca post entry yang dah berzaman dekat blog kawan aku ( aku rasa dh berpuluh kali aku baca benda yang sama)... herr

Esok hari jadi kawan aku yang boleh dikira, salah seorang daripada kawan-kawan baik yang aku ada dekat dunia ni lah.. dan dia seorang je kawan baik lelaki yang aku ada!

So, entry kali ni khas buat kau ye Amir 'Izzat.....

Selamat Hari Lahir...yang ke 23 tahun.


23 tahun yang mengingatkan usia kita makin meningkat dan kematian makin hampir menjemput...

Masa berlalu dengan pantas...

Semoga kehidupan yang masih ada ini digunakan sebaiknya.

Semoga lebih matang dan lebih tabah menghadapi segala rasa dan dugaan.

Semoga kau lebih gembira dan bersyukur dengan apa yang kau miliki..

Semoga kau berjaya meraih apa yang kau impikan..

Semoga kau berjaya dan bahagia...

Semoga kau dirahmati dan dilindungi..


sorry aku curi gambar kau....hahaha








SURPRISE!!!!!!!!!








Nah.Pavlova yang kau nak makan tu...

Selamat hari dewasa Amir...

Semoga kau nampak bintang dan bulan malam ni...That's your hadiah hahaha hanya mampu doa dari jauh.

Yang jauh di utara.

Saturday 30 August 2014

Pelangi Untuk Dia

Assalammualaikum..

Pelangi untuk dia. Walaupun dah hampir 2 tahun kami tidak berhubung atau senang kata memutuskan hubungan tapi ingatan terhadap dia tak pernah hilang. Dia adalah seorang kawan. Mengapa memutuskan hubungan? kerana itu adalah lebih baik daripada terus berhubung. Hari ini aku teringat akan dia lagi. Bukan hari ini je.. sebenarnya kerap kali juga cuma kadang-kadang aku akan terlupa dia bila diri ini sibuk bersama-sama rakan-rakan lain dan rutin harian yang sibuk.

Hmmm dulu kalau ingat dia, mesti hati akan sedih. Tapi sekarang hati dah kuat dan tabah. 

Masa cepat berlalu, seakan-akan baru sahaja ia berlaku.

Sekarang kehidupan dia lebih jauh berkembang daripada kehidupan aku. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata. Sekarang mesti dia sedang berbahagia bersama pasangannya. Walaupun mungkin dia fikir aku marah akan dia, tetapi sebenarnya aku tumpang bahagia bila lihat dia bahagia.

Tidak ada apa-apa niat di hati selain ingin melihat perkembangan hidup dia saja. Baguslah kalau pilihan itu membahagiakan dia. Semoga kehidupannya sentiasa dirahmati dan... walaupun perasaan itu kian menghilang pasti suatu hari nanti... aku akan lupakan kau selamanya.

Hahaha....

Dan aku... sedang meneruskan perjalanan yang aku pilih. Semoga jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik dan di penghujungnya ada hasil yang boleh membuatkan aku tersenyum melihat pelangi di tangan.

Semoga berbahagia.

Tuesday 19 August 2014

Surat Cinta



Allah lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit sebagaimana yang Dia kehendaki dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar daripada celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hambaNya yang Dia kehendaki, lalu mereka bergembira.

Padahal sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.

Maka perhatikanlah tanda-tanda rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi setelah mati (kering) . Itu bererti Dia pasti (berkuasa) menghidupkan yang telah mati. Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.

Surah Al-Rum ayat 48 - 50

Monday 23 June 2014

Multi Tasking Olalalala~


Assalammualaikum.....

Hai....
Hmmmm
Sunyi~

Sebab ramai yang dah balik bercuti semester lebih awal dari kami yang masih di sini bergelumang dengan nota-nota cinta dan alat-alat sampingan.....

Kenapa dengan multi tasking??

Aha! semenjak beberapa minggu ni dan semakin dekat dengan tarikh exam bagi paper Financial management 2 ( 24 jun)  dan Accounting informatin system (25 jun). Kepala aku dah macam nak ting tong pun ada.

Kejap membaca dan melukis. Kejap kang tukar pula pegang kalkulator buat kira-kira. Nampak tak. Kejap jadi system designer kejap jadi financial manager duk kira saham .Aduh lah jadual exam dia pun kemain rapat lagi erat noh....

Sampai nak tidur pun tak boleh. Otak bergerak-gerak berfikir ( jawap soalan dalam tidur) rasa nak marah otak ni pun ada. Ohh otak kau tak faham apa itu erti  penat dan nak tidur? kesian lah dekat aku ni tak dapat nak tidur macam manusia normal. ehh tak suka betul, rajin sangat sampai bawa ke tidur. Nampak tak? dalam tidur pun aku duk fikir jawapan. Multi tasking namanya tu.

Dan dah alang-alang keseorangan dan suka sangat multi tasking. Lalu aku pun buat kerja sambil laptop terbuka...

Multi tasking...

Berblog sambil buat kira-kira. Kalkulator tak lekang dengan aku.grrr


Perhiasan di board dan meja dah siap di "packing" semangat nak balik tu lebih dari semangat nak jawap exam haha.

Sambil mengira tu dengar pula lagu ni... sambil hujan membasahi bumi.


So sweet.... esok hati gegaq nak jawap FM2. Doakan aku. Ok bye. Assalammualaikum.

Monday 16 June 2014

Abah My Super Hero

Assalammualaikum...

Yuhuu rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Abah!

SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA-BAPA di mana jua anda berada.

Tajuk kali ini adalah berkenaan dengan Abah aku. Kalau tahun lepas aku ada menulis tentang Mak aku, sekarang nak cerita tentang Abah pula. Ye Alhamdulillah Abah masih dikurniakan kesihatan yang baik dan gagah perkasa bak hang walaupun umurnya sudah pun hampir seusia kemerdekaan Malaysia.

Abah dulunya adalah seorang Tentera Darat bertemu dengan Mak disini dan berkenalan. Kisah cinta Mak Sweet sangat hahaha main balas-balas surat dan selepas beberapa ketika Abah hantar rombongan dari Johor ke Selangor untuk menyunting bunga larangan di taman. Tapi TABIK SPRING dekat Abah sebab berjaya menghadapi Mak Tok.

Mak Tok dulu sangat garang dengan anak-anak dia berbanding dengan Abah Atuk yang lebih lembut dan terserlah sifat penyanyang dia terhadapa anak-anak. Dengan kesabaran Abah dengan kerenah Mak Tok akhirnya Abah berjaya menjadi menantu kesayangan Mak tok sampai Abah dah jadi macam anak kandung Mak Tok dan Mak bertukar jadi menantu pula. Nampak tak sayangnya Mak tok dengan Abah sampai begitu sekali.

Selepas selama 10 tahun Abah berkhidmat dengan ATM, akhirnya abah berhenti. Tak tahu kenapa Abah berhenti awal, tak pernah pula bertanya kenapa. Selepas itu, Abah bekerja di Jeti. Angkat barang seperti Kubis kentang dan lain-lain. Kemudian Abah dapat pekerjaan baru Abah kerja sebagai Security Guard sampailah aku habis Tingkatan 5 dan sekarang Aabah jadi Supervisor Cleaner di Pejabat Imigresen.

Abah bukan lah seorang yang berpelajaran tinggi tapi Abah punya cita-cita untuk melihat anak-anaknya berjaya dan hidup senang. Aku antara kiranya anak yang agak "manja" sebab sekolah dulu Abah yang akan hantar dan ambil. Abah mula ambil dan hantar ke sekolah sejak aku jatuh sakit. Sebab Doktor kata aku tak boleh kena panas. Seingat aku, last aku naik basikal ke sekolah masa tingkatan 2, lepas tu tak mahu dah naik basikal, so akak aku tak pun abang aku yang akan ambil di sekolah.

Lagi pun, masa tu aku satu sekolah dengan abag aku yang pertama dan sekolah abang yg ke-2 sebelah sekolah aku je. Tak lah jauh mana pun kan. So, Abang-abang aku akan bergegas pulang ke rumah bila dah tamat sesi persekolah mereka untuk ambil aku hantar ke sekolah. Lepas abang-abang aku habis sekolah dan sambung belajar di utara dan seorang lagi bekerja, Abah lah yang akan ambil tak pun aku sendiri akan jalan kaki kalau tak ada siapa yang ambil. Jauh bak hang....tapi waa relax je sebab dah biasa... dan terpaksa. Puas lah Mak pujuk aku suruh naik bus sekolah, tapi aku ta mahu. Sekeras-kerasnya menolak. Tak nak sebab alasan tak reti. Sebenarnya tak mahu sebab nanti kena keluar rumah awal. Pagi-pagi buta gelap gelita tunggu bus.

Ehh ni terlebih kona pulak cerita aku ni kan...

Ok,  nak dijadikan cerita disebab kan hari-hari Abah yang hantar dan ambil aku sekolah. Hari-hari jugalah aku mendengar benda yang sama dalam kereta. Abah akan bagi nasihat belajar sungguh-sungguh. Selalunya Abah tekan kan mata pelajaran Math sebab Abah tahu aku lemah Math. Selain itu , Abah juga bagi motivasi, setiap hari benda yang sama. So lekat dah benda tu dalam otak aku.

Dari dulu Abah seorang yang sangat sibuk bekerja mencari rezeki untuk kami anak beranak. Abah tak macam Ayah orang lain. Hujung minggu ada di rumah. Hujung minggu bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Abah aku kalau ada pun dia akan berehat di rumah sebab Abah penat bekerja lagi pun masa tu kami tak ada kereta dan paling sweet Abah akan tolong mak memasak , kadang-kadang Abah bekerja sambilan mengajar orang memandu di sekolah memandu. Sebab tu Abah tak ada masa nak bawa kami berjalan-jalan.

Cuti raya cina ke apa ke Abah akan kerja sebab hari tu akan dapat Double. Semua tu untuk kami, dan aku faham Abah sibuk kerja sebab Abah nak belikan buku, nak bayar yuran, nak bayar itu ini, nak bagi kami makan sedap-sedap macam orang lain dapat makan ayam,daging, ketam, udang dan sotong, nak belikan baju baru untuk kami walaupun untuk mereka ( Mak & Abah) mereka tak beli pun pakaian baru walau sehelai. Aku perasan Abah tak pernah beli baju raya pun untuk dia. Sekarang bila anak-anak dah besar baru lah aku tengok Abah pakai baju melayu baru masa Hari raya.

Walaupun Abah nampak garang dengan misainya, hahaha itu diakui, budak-budak takut dengan Abah aku sebab misai abah haha...

Tapi sebenarnya Abah sayangkan kami. Bila aku merajuk tak mau makan sebab gaduh dengan abang aku, Abah lah yang akan pujuk bawa sepinggan nasi. Abah akan pujuk suruh makan, bila aku degil tak mahu Abah sabar memujuk dengan berjanji, " Kalau makan nasi, nanti Abah belanja aiskrim". Sweet kan Abah.

Bila sakit demam panas tengah-tengah malam,  Abah lah yang akan bergegas pulang ke rumah bawa ke klinik.

Bila aku tertidur di rumah Mak tok, Abah lah yang akan dukung macam aku ni princess, dukung bawa pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Aku suka tengok laut, sebab masa kecil dulu , waktu petang mesti Abah bawa aku dan adik naik motor berjalan-jalan di Tanjung Harapan. Abah akan beli kacang rebus dan air dan duduk menghadap laut. Aku dan adik seronok membaling batu ke laut. Kadang-kadang teruja nampak Kapal besar. Entah apa yang Abah lihat di penghujung laut tu kan....

Bila aku di sahkan sakit masa tingkatan 4, Abah sibuk mencari ubat macam-macam untuk aku. Vitamin, makanan kesihatan untuk kulit , macam-macam lah. Sebab Abah nak anak dia cantik. Masa tu muka aku jadi merah.Kulit aku sensitif kepada cahaya.

Abah juga selalu akan kerja shift malam, kadang-kadang je Abah terpaksa masuk shift pagi. Sebab Abah kerja shfit malam sebab senang untuk Abah ambil dan hantar aku ke sekolah. Pagi-pagi Abah bergegas balik rumah untuk jemput aku. Masa tu kami dah ada kereta.

Bila temujanj aku dengan doktor.. ohh ye masa tu aku mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya. So, Abah lah yang akan hantar dan teman. Selalunya, aku tengok Abah akan tahan ngantok sebab mata Abah merah. Kadang-kadang Abah tertido di sofa ruang  menunggu. Abah nampak lena dan kepenatan sebab balik dari kerja pagi tu terus bawa aku ke Putrajaya.

Balik rumah pula, Abah akan kemas rumah dan memasak untuk tengahhari. Masa ni mak dah mula bekerja. Lepas tu barulah Abah tidur sebentar dan akan masuk kerja petang itu. Sejak Mak bekerja, Abah lah yang membantu memasak dan kemas rumah pada hari-hari biasa. Abah tahu buat semua benda termasuklah kerja-kerja rumah.

Abah tak pernah cukup tidur macam aku yang terlebih tidur ni.

Kalau nak tulis.. memang tak habis nak cerita. Tapi, Abah lah hero aku sejak dari kecil. Abah hebat walaupun Abah tak ada kereta rumah besar kerja biasa-biasa tapi Abah seorang yang tak pernah kenal erti penat dan putus asa.

Sesungguhnya Pengorbanan seorang bapa itu sungguh besar dan tak mungkin dapat di balas setimpal dan sama dengan apa yang di beri sejak kita kecil lagi.


Saturday 14 June 2014

Perkhabaran Dari Bulan

Kelihatan bulan penuh malam ini. 
Bercahya berseri-seri menerangi malam ini. 
Jauh aku di utara jauh lagi kau di selatan. 
Mungkin kau juga perasan kehadiran bulan di malam ini.
Mungkin kau mengingati kata-kata ku dulu...

Ohh bulan
Sampaikan bicara rinduku padanya
Agar dia tahu aku sedang mengingatinya dari jauh

~

Mungkin jalinan kasih ini Allah tangguhkan 
Untuk
Kau dan aku
Sama-sama panjatkan doa dahulu
Sebelum sama-sama maju
Melangkah ke alam baru
Agar kita lebih tahu
Cinta ini sebenarnya untuk Allah yang satu
Bukan hanya untuk dua orang bersatu


(JulyWednesday)

Thursday 10 April 2014

Nikmat Kehidupan dan Masa

Assalammualaikum....

Apa khabar semua... diharapkan anda semua sihat-sihat belaka dan senyum sokmo deh.. :)

Aku baru sampai ke UUM harini, sekarang ni tengah cuti sem seminggu. Tapi aku balik bercuti di rumah  5 hari sahaja. Selebihnya aku habiskan cuti di UUM sambil mengulangkaji dan bersantai-santai gitu hehehe. Seronok jugak duduk seorang-seorang ni...relax je...

Sebagai seorang pelajar buku tu memang tak lekang lah. Dan... sebagai pelajar perakaunan kalkulator juga sentiasa disisi kecuali untuk subjek membaca macam undang-undang perniagaan ia tidakdiperlukan!

Rasa tenang je harini....

Buku, pen, kalkulator, kertas, radio sinar fm online,  buku Dr.MAZA " Aku ingin kembara lagi", tea time sensorang diri huhuhu dan Al-Quran peneman aku harini dan beberapa hari lagi. Serta blog untuk bercerita.

That's my life... ( senyum sendiri)



Inilah aktiviti harini, exam FM2 ahad ni..kena buat ulangkaji sebagai persediaan untuk menjawab exam.

Sedang menghabiskan buku ini, masa ternampak buku ni hati bunga-bunga sakura tau

Mari aku bagitahu cuaca di UUM ,Kedah ni ye... cuaca harini ceria = panas. Petang ni kelihatan redup sahaja. Kalau jalan-jalan di Tasik pasti best menghirup udara segar dan disapa bayu entah dari mana hahaha indahkan hidup ni...


Sekarang ni tengah musim bunga di kedah, ceq nak pergi cari tempat ni... nak bergambar dengan rakan-rakan sekembalinya mereka dari bercuti nanti.


Ok, selamat menikmati petang anda walau dimana anda berada. Akhir kata, manfaatkanlah masa yang ada dengan sesuatu yang berfaedah. Seiring dengan agama.

p/s : senyum selalu.... :)

Perkongsian Ilmu : Al - Quran Menjadi Petunjuk Bagi Perempuan yang Bertakwa

Assalammualaikum....

Hai lama dah tak buka blog sendiri. Harini aku nak kongsikan sesuatu apa yang aku baca sebentar tadi. Harap-harap , kita semua dapat manfaat daripadanya.

Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang yang bertakwa, tidak terkecuali bagi perempuan. Orang yang mahu mendapatkan petunjuk dari Al- Quran harus terjalin dengannya dengan hati yang sihat, jernih, takut, waspada dan hati-hati. Ketika itulah Al-Quran akan membuka pelbagai rahsia dan cahayanya pada hati orang yang bertakwa.

Diriwayatkan bahawa Umar bin Khattab r.a bersoal kepada Ubai bin Ka'ab tentang takwa. Ubay bertanya kembali kepada Umar,

" Apakah engkau pernah melalui jalan berduri?"

Umar menjawab, " Pernah"

Ubay bersoal lagi, " Apa yang engkau lakukan?"

Umar menjawab, " Aku berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh"

Ubay bin Ka'ab berkata, "Itulah takwa."

( Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Itulah hakikat takwa, iaitu kepekaan hati nurani, keheningan perasaan, rasa takut yang terus menerus, bersikap hati-hati dan waspada terhadap duri-duri jalan. Dalam menjalani kehidupan ini, sangat banyak tarikan duri-duri nafsu dan syahwat, duri-duri cita-cita dan angan-angan, duri-duri keresahan dan kegelisahan, duri-duri harapan palsu kepada orang yang sesungguhnya tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi harapan, duri-duri ketakutan palsu terhadap orang yang tidak mampu memberi manfaat atau bahaya dan masih banyak duri yang lain.

Perempuan yang bertakwa tidak akan mudah tergelincir disebabkan duri-duri kehidupan kerana benteng takwa telah menetapkan hatinya untuk mengambil dan menerima Al-Quran sebagai petunjuk kehidupannya. 

Abu Rauq meriwayatkan dari Ad-Dahhak, dari Ibnu Abbas r.a mengenai ' hudal lil muttaqin', dia mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang beriman yang menjauhkan diri dari kemusyrikan terhadap Allah dan sentiasa beramal dengan mentaati-Nya.

Dari At-Tiyah As-Sudi r.a Ia berkata, Rasullullah SAW bersabda, " Seseorang hamba tidak akan sampai pada darjat takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang makruh kerana bimbang akan terjerumus ke dalam dosa." (Hadis riwayat Tarmizi). (Ibnu katsir, Tafsir Al-Quran Al-Azim, Jilid 1, 1996:42)

Sunday 23 February 2014

Hakikat Dukacita, La Tahzan

Assalammualaikum....

Hai semua...

Minggu ni aku rajin mengemaskini blog. Bukan apa, kebelakangan ni aku selalu sangat rasa sedih walaupun selalu je gelak-gelak dengan adik-adik di hostel ni. Hmm tak tahu kenapa tiba-tiba je sedih. Bila sedih tak tahu nak buat apa. Semua tak kena, jadinya... blog ni lah jadi mangsanya. Walaupun, sebenarnya aku bukan jenis orang yang suka meluahkan perasaan. Mungkin sebab jauh dari keluarga lah kot. Seumur hidup tak pernah aku berjauhan berbatu-batu dari mak dan abah. Pernah pun sekali je, tu pun abah tinggalkan dekat rumah atok di Muar, Johor. Memang aku tak boleh jauh dari mak abah lah kot. Tiap-tiap hari aku menangis depan pintu rumah atok nak balik rumah. Masa tu , mana aku tahu Selangor - Johor tu kemain jauh. Sampai sekarang, Nenek dengan Mak Long ingat lagi peristiwa tu. Hisyhhh malu kita.....


Dua hari di UUM, mak telefon. Mak cakap rumah sunyi. Aku dah balik Kedah, abang aku seorang dah duduk rumah sendiri sebab dia dah kahwin dan adik aku masih di sarawak. Kalau dekat rumah aku lah kawan bersembang, bergurau dengan mak hahaha mungkin mak dah tua. Mudah rasa sunyi. Dulu rumah tu ramai orang, bising je sampai mak pun pening kepala. Laa ni anak-anak dah besar dah kawin sorang-sorang pergi... dengar cerita tahun ni abang aku lagi seorang tu pun nak kahwin. Maka, berkuranglah lagi ahli..


Bagi aku, keluarga tu lebih penting dari segalanya. Aku tak suka duduk luar lama-lama, sebab mesti teringat rumah. Sebab tu lah aku tak suka keluar dengan kawan-kawan sangat. Cuti ni pun, aku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga.

Lama lagi, nak habiskan belajar di sini. Bertahun-tahun lagi. Abah kata, aku habis belajar masa tu Abah dah 60 tahun. Haaa tuanya Abah...dan masa tu aku masih lagi belum berkahwin hahahaha

Kahwin tu terfikir juga lah..tapi yang lebih penting dapat ke aku membalas jasa-jasa mak dan abah? Harap-harap semuanya baik-baik saje. Dapat seperti apa yang dijangka. Sedih sebenarnya, rasa nak nangis bila ingat mak dan abah. Walaupun umur aku dah nak masuk 23 tahun tapi masih aku rasa macam aku seperti anak kecil yang sentiasa inginkan mak dan abah di sisi. Sob sob sob ( nangis).

Nasib baik lah angan-angan aku masa sekolah rendah, nak masuk Harvard tak kesampaian. Kalau tak, mesti hari-hari aku beli tisu lap apa mata.


Tapi bila tengok mak dan abah susah-susah bekerja. Rasa kesian tu muncul, semangat nak membantu mak abah tu membuak-buak. Sedih tengok mak abah yang dah tua tu bekerja. Sapu sampah, mop lantai. Aku yang muda ni pun sapu rumah mop lantai tu pun dah berpeluh-peluh kepenatan, ni kan pula mak aku yang dah berumur.

Tapi, mak tak mengeluh. Haaa sudahlah... air mata dah bertakung-takung dah ni. Nanti roomate nampak, tak pasal-pasal dia tanya kenapa aku nangis. Hahahaha malu lah kita...macam budak-budak pula menangis.

Jom sebenarnya nak kongsi video dekat youtube ni.


Dr. Asri or Dr. Maza is one of my favourate. Pertama kali, aku baca penulisan dia di sebuah akhbar tempatan, terus aku minat dia. Ceramah dia pun best tau.

Ok bye...


Saturday 22 February 2014

Judika- Setengah Mati Merindu



~ Biar dunia berputar, seiring waktu berjalan.

~ Dari jauh ku berlari, mengejar mimpi-mimpi. Berat rasanya ku dapatkan semua.~

Miss everything. Be strong wahai hati.

Thursday 13 February 2014

MY SEMESTER BREAK STORY


Assalammualikum...

Hai.. lama tak merapu di blog sendiri hahaha

Ok, baru dapat menaip sekarang, sebab laptop lama rosak. Ni pakai laptop baru...

Sebab tu aku senyap je di laman-laman sosial. Ada pun, macam biskut, kejap ada kejap tak ada. So, aku nak cerita pasal apa yang berlaku sepanjang cuti sem ni....

Jeng jeng jeng..

RESULT FIRST SEMESTER WA... NOT BAD LAH!

keputusan peperiksaan baru sahaja keluar isnin yang lepas. Haaa aku tak rasa teruja pun macam kawan-kawan yang lain. Mereka tu dup dap dup dap jantung berdedup, makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah dok pikiaq result depa lagu mana tah. Tapi aku mula terasa debarnya masa dh buka web Portal Komuniti UUM. Tengok-tengok..semua oklah walaupun ada 1 subjek tu tak ok sangat-sangat. Aku sangkut paper statistik, kalau tak mesti keputusan lagi ok kan. Hehehe... tapi Alhamdulillah sebab masih 3 pointer. Sem depan cuba lagi. Chayok chayok!!!


MY MAK TOK MASUK IJN

Hmm Mak tok sakit... kena serangan jantung masa dekat Terengganu, pada hari pernikahan abang aku. Sudahnya,tak dapatlah nenek aku tengok abang aku melafazkan akaq nikahnya dan hajat untuk berada sekejap je di Terengganu telah pun di panjangkan harinya, nak dekat seminggu jugalah duduk sana. Sekarang, sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur. Ye, aku ada di Kuala lumpur sekarang ini. Menemani sebelum aku berangkat pulang ke utara jumaat ni. Semoga pembedahan yang akan dijalankan nanti berjaya dan atok selamat serta sihat seperti dulu. Haa kalau atok sihat dah nanti. Raya tahun ni dapatlah makan kuah kacang atok yang gilo sodap tu. Haa aku tak pernah jumpa kuah kacang sesedap tu. Aku cuba buat tapi tetap tak sama macam atok buat. Hahahaha apa punya cucu lah, ingat makan aje kau...semua gambar-gambar ada dalam laptop lama, so tak dapatlah tunjuk gambar mak tok aku dekat kauorang...


Permandangan Kuala Lumpur



TRIP KE TERENGGANU : MENGHANTAR PENGANTIN

Yes! haha masa ni teruja sangat-sangat sebab dapat pergi Terengganu. Haaa bukan senang nak dapat peluang jalan jauh-jauh ni tau. Sambil menyelam minum air lah.. Hm! Kami gerak ke Terangganu 11 Jan 2014. 10 Jan 2014, aku ada paper statistik pagi tu. Lepas je habis exam, aku terus terbang ( naik bus) ke Selangor. Punya lah gembira sangat, mengemas macam kartoon. Nasib baik, ada 2 orang kawan aku yang sangat-sangat baik hati hantar aku ke Terminal bus dekat changloon dan kebetulan sepupu aku yang belajar dekat UNIMAP tu pun naik  1 bus yang sama dengan aku haha what the small world. Tapi, aku pun baru tahu bila keesokan harinya masa pakcik aku datang rumah. Dia yang cakap Nini ( sepupu aku) nampak aku dalam bus. Sorry lah, bukan aku sombong tapi aku jalan tak pandang orang, dia pun tak tegur aku siapa suruh kan. So, kami check-in atau menginap di Cherating... tak nak tulis panjang-panjang dah.. jom tengok gambar...hehehe



Keindahan alam




Subhanaallah...matahari memunculkan diri




Terasa nyaman diri di sapa bayu laut di pagi hari.




peace....


      
peluang yang paling disukai...

      
main pasir!!!!
      

   
     
Tetiba kena sampuk angin laut hahaha sebenarnya masa ni Iman zarah tengah jerit panggil abang dia..

Tetiba menangis berlari-lari ajak balik... sebab  Zarah takut air....
                           








AKU  DAPAT KAKAK IPAR PERTAMA

Haa aku dapat kakak ipar yang pertama. Lebih muda dari aku,sebaya dengan adik aku pula tu. Aduh!! macam mana nak panggil ni. Adik ke Akak hahaha nasib lah labu...nasib baik dia sporting, aku panggil nama je,dia pun pangil aku nama je... atok aku dengar bising mulut dia, mak aku pun sama hmm... tu pun nak jadi hal kan. Hehehe orang Terengganu, comel orangnya. Oklah, boleh jadi kawan aku..tapi kan...hmm mula-mula dulu rasa macam cemburu sebab mak dan abah dapat anak baru haha tapi lama-lama ok lah tak adalah rasa cemburu-cemburu sebab  mak dan abah masih sayang aku. Gambar kakak ipar tak sempat nak ambil dalam kamera abang aku hehehe


KEMBALI KE UUM BAGI SEMESTER KE-2

Aku akan bertolak balik ke UUM... lama dah bercuti. Tiba masanya untuk kembali semula menuntut ilmu. Doakan yang terbaik untuk aku.

~ dari jauh ku berlari, mengejar mimpi-mimpi ~

Keep smile, always positive!


Friday 3 January 2014

Jalan Masih Panjang Wahai Sahabat

Dedicate to all my friends and to all my blog readers.





Between living well or living hell.
We’re made our choices and we’ve made it through.
Because we’ve choose the one that we want.


Mari mengejar Syurga, Semoga Syurga milik kita :)

Wednesday 1 January 2014

Today Is The First Blank Page Of a 365 Book

Assalammualaikum...

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini adalah hari pertama bagi tahun 2014. Semoga hari ini dimulakan dengan semangat yang baru, wajah yang baru dan jiwa yang baru. Semoga diteguhkan hati ini. Dikuatkan jiwa ini. Ditetapkan diri ini. Semoga aku dan kita kuat menempuh dugaan yang mendatang tak kira dari mana ia muncul. Semoga perjalanan hidup bagi sesi ini dan seterusnya sentiasa di rahmati Allah.

Berubah itu mungkin susah. Tapi, kalau kita tak cuba, sampai bila nak macam tu? Duduk di takuk yang lama. Tak membawa ke mana.

Terus beristiqamah dalam meneruskan perubahan ini untuk mencapai SYURGA. :)