Tuesday 26 April 2016

Tahniah! Kawan Lama

Assalammualaiukum.

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat melihat sebuah kejayaan yang dikecapi oleh salah seorang kawan aku masa di sekolah menengah dahulu. Adik dia upload gambar konvokesyen dia. Alhamdulillah dia dapat kelas pertama dan dia juga merupakan penerima Anugerah Naib Canselor. Tahniah Afiq. Kau yang konvo , aku yang rasa terharu dan sedih. 

Actually, aku bangga dengan kawan aku ni. Dia berusaha dengan gigih untuk sampai ke tahap ni.

Throw back.

Kami satu kelas dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 3.

Dia ketua kelas aku masa tingkatan 1. Ingat lagi masa tu, dia selalu cari gaduh dan suka usik aku. Tapi, tu lah permulaan kami berkawan. Dari gaduh, usik-mengusik. Kami jadi kawan. Setiap hari jumaat, kami antara yang lambat sampai sekolah dan lambat masuk kelas. Selalu bertembung.

Setiap kali dapat markah kelas peperiksaan, Kami selalu bandingkan markah kami. Ingat lagi masa tu di makmal sains. Cikgu sains kami namanya Puan Marhen. Haa lupa selain Afiq, aku juga geng dengan Naim ( kawan baik Afiq), Abu dan Shahren. Kami rapat masa tu.

Sebenarnya, dia suka aku masa tu. Aku terdengar perbualan dia dengan budak kelas aku yang lain merangkap jiran sebelah rumah aku di perpustakaan sekolah. Dulu, masa rehat aku selalu pergi perpustakaan. Aku jarang pergi kantin. Apa yang di bualkan. Tu semua biarlah rahsia.

Masuk tingkatan 2. Macam aku cakap sebelum ni , kami sama kelas.

Afiq selalu bagi hadiah in advance untuk hari jadi aku. Sebab birthday aku jatuh masa cuti sekolah. Masa tu tengah popular cerita Full House ( drama korea). Kami memang minat. Setaip kali perhimpunan sebelum masuk ke kelas, kami akan bercerita episod semalam antara satu sama lain. Aku akan beratur di belakang dia. Kebetulan sebab dia yang paling tinggi dalam kelas kami.

Waktu sukan. Aku memang tak suka bawa baju. Dia pun mula terikut-ikut aku. Kadang-kadang kami main baling-sambut bola berdua. Hahaha no wonder lah orang kata kami bercinta. Kadang-kadang dia baca novel di belakang kelas di bawah pokok. Kemudian kami akan berjalan sama-sama sehingga keluar pagar.

Dia pernah belikan coklat ( sebab aku minta tolong belikan. Tapi dia tak nak ambl duit) nak buat kek untuk kelas Ekonomi Rumah tangga. Tapi cikgu aku xbagi guna coklat tu. Akhirnya aku yang makan coklat bar yang besar tu sorang-sorang. Sedap. Vouchelle.

Dia sweet dan kelakar. Terlalu manis dan indah untuk dilupakan.

Masa tingkatan 3, ayah Afiq meninggal dunia. Dan sejak itu, dia semakin berubah. Dia nampak lebih serius dan jarang bercakap dengan aku. Tak tahu lah apa salah aku. Dia mula rapat dengan kawan aku. Masa tu aku sedih dan jeles. Dan biarkan ia berlalu....

Mungkin masa tu dia mula sedar dan dapat semangat untuk berjaya. 

Tingkatan 4, kami tak sekelas. Dan masa tu juga Afiq mohon masuk sekolah teknik. Dia cakap , dia mohon sekolah teknik dan ajak aku untuk mohon. Tapi aku tak nak dan dia teruskan hasrat dia untuk memohon. Masa tu aku sedih sangat. Aku cakap dekat dia. Aku doakan dia tak dapat, sebab aku tak nak berjauhan dengan. Dia je kawan yang aku rapat di sekolah selama waktu tu.

Suatu pagi, sebelum perhimpunan. Aku nampak kelibat Afiq melangkah ke arah kelas aku. Wajah dia nampak gembira. Dia macam nak jumpa aku, tapi kawan aku tegur dia. Dan dia bercakap dengan kawan aku. Masa tu aku dapat rasakan yang dia dapat tawaran tu. Sebab aku terdengar kawan aku tu bercerita dengan rakan sekelas yang lain, dia dapat masuk sekolah teknik.

Cepat-cepat aku menghilangkan diri ke tapak perhimpunan. Masa tu aku tak dapat tahan air mata. Tiba-tiba hati aku sebak. Mata aku terasa ada air hangat yang bergenang. Aku berdiri jauh-jauh, agar Afiq tak nampak aku. Tapi.. apakan daya. Dia nampak juga aku. Dia panggil aku. Masa tu aku rasa betul-betul nak keluar air mata. Aku xpandang wajah dia. Aku pandang lantai, supaya dia tak nampak aku menangis. Dia bagi tahu berita gembira tu, dan aku anggukan kepala sahaja dan terus berlalu ke belakang tanpa sepatah ucapan tahniah.

Sejak hari tu, aku mengelakkan diri dari bertembung dengan Afiq. Tapi tak lama. Lama-kelamaan aku dah boleh berfikir dengan waras, Aku terima keputusan dia. Tahun tu, kali pertama aku bagi dia hadiah. Hadiah perpisahan. Frame gambar. Aku jalan kaki punya jauh semata-mata nak belikan dia hadiah. Tak tahu lah dia simpan lagi ke tak. Dia juga bagi hadiah, katanya mungkin yang terakhir.

Bila Afiq dah tukar sekolah. Aku mula berkawan dengan kawan-kawan yang lain. Selalunya...dalam sebulan Afiq akan call aku dalam 3 atau 2 kali bertanya khabar. Lama-kelamaan, dia tak call lagi. Aku cuba bertanya kawan-kawan lain tentang dia. Katanya handphone Afiq hilang.

Lama kami tak berhubung. Lepas SPM, kami bertemu dekat perpustakaan. Dia bawa hadiah lagi. Tu lah hadiah terakhir yang dia beri.

Terlalu gembira melihat dia di depan mata. Aku tak mampu berbicara, hanya senyum lembar yang aku mampu lemparkan. Dia sembang dengan kawan aku je.Katanya, nak fokus membina kerjaya.

Lama kami tak berhubung. Kadang-kadang je kami bersms. Dia dengan haluan hidup dia dan aku dengan haluan hidup aku. Kami tak rapat macam zaman sekolah menengah dulu. Mungkin ruang waktu telah merenggangkan persahabatan kami.

Kini, dia dah berjaya mencapai cita-cita dan impian. Menjadi kebanggaan keluarga. Semoga dia terus berjaya di dunia dan akhirat.

Tahniah Muhammad Afiq Iskandar. Hahaha aku rindu zaman persahabatan kita dulu. Maafkan aku andai aku ada menyinggung perasaan kau selama kita bersahabat.



Friday 19 June 2015

Kerana Allah Kasih...

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita, sampai juga kita menemui Ramadhan. Diharapkan semua pembaca di kurniakan kesihatan yang sejahtera untuk menunaikan puasa.

1:33 AM

Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Asyik bemonolog di dalam hati. Tentang kisah lalu. Lalu aku ambil keputusan bangun dari pembaringan untuk menulis di blog ni.

Apa yang aku monologkan?

Kadang-kadang aku lupa , yang aku ni seorang pesakit. Sebab Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang sejahtera buat aku. Syukur sangat sebab keadaan aku tidak seteruk orang-orang lain yang menghidap penyakit macam aku. Ada tu yang ada masalah dengan buah pinggang, ada yang terpaksa terlantar di katil Hospital sebab masalah saraf dan macam-macam. Tapi aku setakat kulit yang memerah ni je. Tidak sehebat ujian yang mereka itu tanggung.

Masa aku dapatkan rawatan di Hospital Putrajaya. Ada seorang Dr. . Dia perempuan. Dia kata...   

      " Adik orang terpilih, istimewa"

Masa tu dia senyum, dan aku turut senyum. Ye Aku insan terpilih. Terima Kasih Allah, kerana kurniakan aku nikmat penyakit. Nikmat tu, bukannya sekadar kau dikurniakan kekayaan,kesihatan yang sihat,keluarga yang bahagia. Nikmat tu lebih dari tu, di dalam kesusahan itu juga ada nikmat.

Tipu lah kalau aku kata aku tak pernah menangis dan bertanya kepada tuhan. Kenapa aku yang dipilih???

Aku juga insan biasa.

Tapi bila aku pergi ke Hospital, dan aku lihat keadaan orang lain yang lebih sakit dari aku. Orang yang punya penyakit macam aku yang lebih teruk dan terasa kesakitannya dengan nyata. Aku bersyukur.

"Sesungguhnya Allah tidak pernah membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh HambaNya"

Dan aku terfikir, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bila aku fikir dan aku renung. Allah sayang dekat aku. Sebab tu dia uji aku. Sebab selama ni aku lupa Dia.

Ada manusia yang dia jauh dengan Allah, sampailah usianya dijamah masa, dan dia masih jauh dengan Allah, sampailah dia tidak bernyawa di muka bumi ini. Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan kerana Allah tidak membiarkan aku hanyut dibawa arus.

Biasalah, manusia akan ingat Tuhan bila dia dalam kesusahan. Begitu juga aku. Allah tarik nikmat kulit yang cantik dari aku, kesihatan dari aku, dan dia juga tarik nikmat miliki bibir yang cantik dari aku. Selepas aku disahkan menghidap penyakit SLE ketika aku di tingkatan 4, di Tingkatan 5 aku terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah tiada apa yang teruk, cuma bentuk bibir berubah sedikit. Tak apa lah. Semua yang aku ada milik Dia. Termasuklah diri aku ini. Kita tak punya apa, sebab ini semua milik Dia. Dia berhak menarik apa yang dia kehendaki.

Lama kelamaan aku nampak hikmahnya. Aku nampak "batu permata zamrud". Aku tidak merungut, malah aku bersyukur dan gembira Allah jadikan begini. Kalau dia tak menarik nikmat yang aku miliki ni. Mungkin aku tidak jadi seperti aku yang kini.

"Bersangka baiklah dengan Allah"

Kini aku jalani kehidupan dengan melihat dunia ini penuh warna warni. Aku bersedia melalui apa pun yang mendatang di masa hadapan. Walau aku tak tahu, apa yang menanti. Semoga Allah memberikan aku kekuatan menjalani kehidupan yang penuh ujian dan semoga aku terus berada di jalanNYA.

Tuesday 16 June 2015

DIMANA JODOH KU??

Assalammualaikum...

Hahaha pasai apa tajuk entry lagu tuh? haha saja ja....

Aku pun tak tahu siapa jodoh aku, setakat ni jodoh dengan buku jelah hik hik hik....

Suka dengar lagu ni...

Kita pasti akan dijodohkan. Suatu hari nanti.

Bye encik jodoh.



P/s : Sedap suara depa kan :)

Sunday 14 June 2015

THROWBACK

Assalammualaikum....


Lama dah tak update blog bunga unggu ni kan... sebab hmm macam biasa tak ada idea dan kekangan masa nak membuahkan idea.

Hari ni saja buka blog , dan baca kembali semua entry yang aku tulis dan post. Wah.. macam tak sangka aku yang menulis macam tu, dan kadang kala ada entry-entry yang aku tulis dengan penuh motivasi. Bila aku baca, ia mengingatkan aku kembali.

Rindu zaman poli. Rindu zaman duduk sabak bernam. Sebab banyak bintang-bintang bertaburan di dada langit.

Dekat kedah ni tak nampak sangat bintang-bintang tu, mungkin sebab tak duduk tepi laut.

Tadi aku dengar lagu AL NURAA nyanyian mawi ft hazama. Sebaris ayat dia...


" Yang kita ingat jauh, sudah semakin dekat. "

Apa maksudnya?

Terlintas satu perkataan.

"Mati."


Mati tu makin hampir. Usia dah semakin meningkat, mati semakin dekat menjemput.

Semoga aku mati dalam husnul qotimah. Semoga kubur ku nanti akan jadi salah satu taman-taman syurga buat ku.

 Aku takut gelap. Aku takut ular. Mak kata, kalau kita tak solat, nanti dalam kubur ada ular. Ya Allah, ular dekat dunia ni pun aku takut tersangat. Bayangkan kalau ular tu belit-belit aku yang kaku dalam kubur tu? Tak dapat nak lari. Tak ada siapa nak tolong.

Ya Allah, kau jauhkan kami dari azab kubur, azab api neraka, fitnah dunia dan fitnah dajjal.

Amin.......

Tuesday 5 May 2015

Accounting Information System

Assalammualaikum...

Hai awak-awak semua. Hari ni aku nak cerita tentang bidang yang aku ambil di UUM ni. Nama dia cukup indah dan akan menarik minat sesiapa sahaja yang terpandang akan nama ini.

Accounting Information System. Nama glamour dia AIS. Haaaaaaa nama pun dah macho kan. Belajar pun mestilah macho jugak. Macam Abang Sado!! hukhukhuk

Walaupun bidang ni tak lah se konkrit Perubatan, kejuruteraan dan sebagainya, tapi sesiapa yang sukakan cabaran boleh lah cuba ambil bidang ni.

Kalau tak silap aku. Course ni hanya ada ditawarkan  di UUM sahaja. Pada tahun dan masa aku apply tu lah. Sekarang ni tak tahu lah, kalau dah ditawarkan di tempat lain juga.

Ok AIS ni sebenarnya adalah bidang perakaunan. Apa yang budak akaun belajar, kau pun belajar juga. Cuma bezanya, ia ditambah nilai dengan sistem maklumat dan teknologi. Kau akan didedahkan dengan macam mana nak buat database, programming, Analysis and system design dan macam-macam lagi. Tapi semua tu kau akan belajar dalam konteks perakaunan lah. Jangan pulak kau luaskan skop tu. Mati den nak hadam semua dalam masa 5 bulan. Kenapa 5 bulan bukan 6 bulan? sebab 1 bulan tu bulan exam semata-mata.

Ia agak mencabar lah jugak sebab bila kau buat system tu, kau ibarat berada di belakang tadbir. Setiap sem kau akan ada projek. Kau yang akan reka benda tu, dan kau juga yang akan berhadapan dengan masalah-masalah teknikal sampai tak tidur malam. Dan paling penting, kau akan rasa puas gila bila system kau tu boleh berfungsi dengan sebaiknya. Kalau system kau tu boleh run sebaiknya memang kau terel. Tabik spring lah kan.

Dan untuk pengetahuan semua, UUM hanya akan mengambil 100 orang sahaja untuk course AIS ni setiap sem. Jadi, hanya insan terpilih sahaja yang bertuah di tawarkan kos ni. Dan paling best mungkin ramai tak tahu. Market untuk lulusan bidang ni juga tinggi berbanding kos Perakaunan yang biasa tu.

Dan walaupun rasa macam susah, tapi sebenarnya best. Dah semester 4 pun, jadi tak lah sesusah mana asalkan minat nak mendalami kan.

Oklah, sampai sini saje...


Friday 14 November 2014

Masa Depan

Bila review syarikat-syarikat besar ni untuk buat study case untuk subjek Financial Accounting & Reporting 2  aku rasa macam, alangkah bestnya bila dah grade ni aku dapat kerja dengan syarikat tu. WCT Bhd, Petronas, Muhibbah Engineering, Gamuda Bhd... dan macam-macam lagi.

Hmm mampu ke nak bekerja dengan mereka yang hebat-hebat ni? Nanti untuk practical aku nak cuba mohon buat practical dekat sana lah. Mana tau, rezeki aku ada dekat sana kan. Sekadar mencuba, tak salah kan. Aku memang suka memilih benda yang kadang-kadang aku rasa, aku tak boleh buat, tapi... aku rasa nak cuba nak tahu boleh dapat ke tak?

Sekali bila dah dapat, macam sekarang ni lah. Gatal tangan pergi pilih kos ni , Letak pulak diantara top 3. Disini aku berada, inilah aku sekarang. Sekali kaki dah melangkah masuk, taknak nak patah balik kan? So, jalanilah dan anggap je ini sebuah takdirku. Walaupun susah, walau pun aku rasa kadang-kadang aku tak kuat dan hampir-hampir melepaskan tali tapi aku tak boleh nak patah balik. Dah tahun 2 pun. Tak sangka aku mampu bertahan. Semoga apa yang aku pilih ni membawa hikmah di masa akan datang nanti.

Menangis setiap sem tu wajib kot! stress tu cukup tinggi. Kawan-kawan yang bukan satu kos dengan kau boleh relax tengok movie pergi sana pergi sini. Kau terpaksa hadap laptop menyiapkan kerja. Tengok credit hourse lah.. tengok je pun dah tau.

AIS memang hebat. Subjek AIS sem ni aku belajar "Programming". Tanpa ada asas dan pengetahuan yang mendalam. Ia agak susah untuk faham bahasa-bahasa coding ni. Maksudnya nak buat coding untuk system tu "run".

Agak leceh, sebab selalu keluar error, bila keluar error kena lah cari apa masalah kau! hahaha so bak kata sir Aidi. 


"Ask your best friend (Google)"


So, kawan kaitannya.... jangan pelik lah kalau nampak aku online fb 24 jam. Kerja aku memang connect dengan internet. Jadi, tangan aku dengan sengajanya buka 1 tab baru untuk berfb. Kadang-kadang berfb tu bukan untuk "berlagha" pun. Fb tu juga jadi medium untuk kami bertanya dengan kawan-kawan , tanya itu , tanya ini. Screen shoot itu ini. Kongsi Coding dan sebagainya lah. Kadang-kadang tu terlagha juga. Bilamana, otak dah tak mampu nak berfikir dan mencari konklusinya. Otak pun tahu penat tau.

So, ceritanya aku selalu buat kerja guna laptop. Duduk dalam bilik hadap laptop. Aku bukan suka pun. Silap-silap power cermin mata aku makin meningkat. What the life....

Entahlah. Gaya hidup makin berubah.

Hahaha, aku ni dah keluar dari tajuk dah ni...

Oh ye! aku tak pernah kongsi kos yang aku belajar dan ambil kan. Nanti aku kngsikan ye.

Ok lah bye..

Tuesday 11 November 2014

Nak Jadi Apa Bila Dah Grade Nanti?

Assalammualaikum....

Hello World!

Hari ni ada masa untuk menulis, waaaa serius hari ni rasa penuh kenikmatan ketenangan di hati dan aku rasa aku kembali hidup seperti kawan-kawan yang lain.

Mana taknya minggu-minggu yang lepas aku sibuk dengan peperiksaan midterm dan juga sibuk menyiapkan tugasan Projek ABC Accounting system untuk subjek BKAS. Fuhhh penat dan stress tahap nak nangis Menangis jugaklah aku. Sebabkan aku sibuk dengan benda tu, roomate aku taknak pelawa aku pergi Pesta Konvo dan tak ajak aku pergi photo Booth , tangkap gambar dekat Festival DPP BSN. kesian aku. Serius aku sedih dan menangis. Haaa emotional tau aku masa tu. Orang tanya soalan aku rasa nak marah je.....haha teruk! tu sebab aku stress sangat, bukan sengaja.

Semalam kawan aku kata, sempena dengan minggu Konvo ni:

" Kau grade in apa yana?
"B.AIS....."
"Tak sedap lah nama tu.. kami B.FIN..takpe-takpe... nama tak sedap tak apa, gaji nanti masyuk.."
"hahaha xnak lah aku ,serek dah.."
" dah tu kau nak jadi apa?"
"Tukang masak!"

Sebenarnya kehidupan ni tak boleh dijangka. Tak semestinya kita belajar benda tu  dekat Universiti, kita keluar nanti bekerja dalam bidang tu jugak. So, kerja je lah apa-apa selagi kerja tu buat aku happy dan selagi aku di bayar gaji.