Monday 23 June 2014

Multi Tasking Olalalala~


Assalammualaikum.....

Hai....
Hmmmm
Sunyi~

Sebab ramai yang dah balik bercuti semester lebih awal dari kami yang masih di sini bergelumang dengan nota-nota cinta dan alat-alat sampingan.....

Kenapa dengan multi tasking??

Aha! semenjak beberapa minggu ni dan semakin dekat dengan tarikh exam bagi paper Financial management 2 ( 24 jun)  dan Accounting informatin system (25 jun). Kepala aku dah macam nak ting tong pun ada.

Kejap membaca dan melukis. Kejap kang tukar pula pegang kalkulator buat kira-kira. Nampak tak. Kejap jadi system designer kejap jadi financial manager duk kira saham .Aduh lah jadual exam dia pun kemain rapat lagi erat noh....

Sampai nak tidur pun tak boleh. Otak bergerak-gerak berfikir ( jawap soalan dalam tidur) rasa nak marah otak ni pun ada. Ohh otak kau tak faham apa itu erti  penat dan nak tidur? kesian lah dekat aku ni tak dapat nak tidur macam manusia normal. ehh tak suka betul, rajin sangat sampai bawa ke tidur. Nampak tak? dalam tidur pun aku duk fikir jawapan. Multi tasking namanya tu.

Dan dah alang-alang keseorangan dan suka sangat multi tasking. Lalu aku pun buat kerja sambil laptop terbuka...

Multi tasking...

Berblog sambil buat kira-kira. Kalkulator tak lekang dengan aku.grrr


Perhiasan di board dan meja dah siap di "packing" semangat nak balik tu lebih dari semangat nak jawap exam haha.

Sambil mengira tu dengar pula lagu ni... sambil hujan membasahi bumi.


So sweet.... esok hati gegaq nak jawap FM2. Doakan aku. Ok bye. Assalammualaikum.

Monday 16 June 2014

Abah My Super Hero

Assalammualaikum...

Yuhuu rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Abah!

SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA-BAPA di mana jua anda berada.

Tajuk kali ini adalah berkenaan dengan Abah aku. Kalau tahun lepas aku ada menulis tentang Mak aku, sekarang nak cerita tentang Abah pula. Ye Alhamdulillah Abah masih dikurniakan kesihatan yang baik dan gagah perkasa bak hang walaupun umurnya sudah pun hampir seusia kemerdekaan Malaysia.

Abah dulunya adalah seorang Tentera Darat bertemu dengan Mak disini dan berkenalan. Kisah cinta Mak Sweet sangat hahaha main balas-balas surat dan selepas beberapa ketika Abah hantar rombongan dari Johor ke Selangor untuk menyunting bunga larangan di taman. Tapi TABIK SPRING dekat Abah sebab berjaya menghadapi Mak Tok.

Mak Tok dulu sangat garang dengan anak-anak dia berbanding dengan Abah Atuk yang lebih lembut dan terserlah sifat penyanyang dia terhadapa anak-anak. Dengan kesabaran Abah dengan kerenah Mak Tok akhirnya Abah berjaya menjadi menantu kesayangan Mak tok sampai Abah dah jadi macam anak kandung Mak Tok dan Mak bertukar jadi menantu pula. Nampak tak sayangnya Mak tok dengan Abah sampai begitu sekali.

Selepas selama 10 tahun Abah berkhidmat dengan ATM, akhirnya abah berhenti. Tak tahu kenapa Abah berhenti awal, tak pernah pula bertanya kenapa. Selepas itu, Abah bekerja di Jeti. Angkat barang seperti Kubis kentang dan lain-lain. Kemudian Abah dapat pekerjaan baru Abah kerja sebagai Security Guard sampailah aku habis Tingkatan 5 dan sekarang Aabah jadi Supervisor Cleaner di Pejabat Imigresen.

Abah bukan lah seorang yang berpelajaran tinggi tapi Abah punya cita-cita untuk melihat anak-anaknya berjaya dan hidup senang. Aku antara kiranya anak yang agak "manja" sebab sekolah dulu Abah yang akan hantar dan ambil. Abah mula ambil dan hantar ke sekolah sejak aku jatuh sakit. Sebab Doktor kata aku tak boleh kena panas. Seingat aku, last aku naik basikal ke sekolah masa tingkatan 2, lepas tu tak mahu dah naik basikal, so akak aku tak pun abang aku yang akan ambil di sekolah.

Lagi pun, masa tu aku satu sekolah dengan abag aku yang pertama dan sekolah abang yg ke-2 sebelah sekolah aku je. Tak lah jauh mana pun kan. So, Abang-abang aku akan bergegas pulang ke rumah bila dah tamat sesi persekolah mereka untuk ambil aku hantar ke sekolah. Lepas abang-abang aku habis sekolah dan sambung belajar di utara dan seorang lagi bekerja, Abah lah yang akan ambil tak pun aku sendiri akan jalan kaki kalau tak ada siapa yang ambil. Jauh bak hang....tapi waa relax je sebab dah biasa... dan terpaksa. Puas lah Mak pujuk aku suruh naik bus sekolah, tapi aku ta mahu. Sekeras-kerasnya menolak. Tak nak sebab alasan tak reti. Sebenarnya tak mahu sebab nanti kena keluar rumah awal. Pagi-pagi buta gelap gelita tunggu bus.

Ehh ni terlebih kona pulak cerita aku ni kan...

Ok,  nak dijadikan cerita disebab kan hari-hari Abah yang hantar dan ambil aku sekolah. Hari-hari jugalah aku mendengar benda yang sama dalam kereta. Abah akan bagi nasihat belajar sungguh-sungguh. Selalunya Abah tekan kan mata pelajaran Math sebab Abah tahu aku lemah Math. Selain itu , Abah juga bagi motivasi, setiap hari benda yang sama. So lekat dah benda tu dalam otak aku.

Dari dulu Abah seorang yang sangat sibuk bekerja mencari rezeki untuk kami anak beranak. Abah tak macam Ayah orang lain. Hujung minggu ada di rumah. Hujung minggu bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Abah aku kalau ada pun dia akan berehat di rumah sebab Abah penat bekerja lagi pun masa tu kami tak ada kereta dan paling sweet Abah akan tolong mak memasak , kadang-kadang Abah bekerja sambilan mengajar orang memandu di sekolah memandu. Sebab tu Abah tak ada masa nak bawa kami berjalan-jalan.

Cuti raya cina ke apa ke Abah akan kerja sebab hari tu akan dapat Double. Semua tu untuk kami, dan aku faham Abah sibuk kerja sebab Abah nak belikan buku, nak bayar yuran, nak bayar itu ini, nak bagi kami makan sedap-sedap macam orang lain dapat makan ayam,daging, ketam, udang dan sotong, nak belikan baju baru untuk kami walaupun untuk mereka ( Mak & Abah) mereka tak beli pun pakaian baru walau sehelai. Aku perasan Abah tak pernah beli baju raya pun untuk dia. Sekarang bila anak-anak dah besar baru lah aku tengok Abah pakai baju melayu baru masa Hari raya.

Walaupun Abah nampak garang dengan misainya, hahaha itu diakui, budak-budak takut dengan Abah aku sebab misai abah haha...

Tapi sebenarnya Abah sayangkan kami. Bila aku merajuk tak mau makan sebab gaduh dengan abang aku, Abah lah yang akan pujuk bawa sepinggan nasi. Abah akan pujuk suruh makan, bila aku degil tak mahu Abah sabar memujuk dengan berjanji, " Kalau makan nasi, nanti Abah belanja aiskrim". Sweet kan Abah.

Bila sakit demam panas tengah-tengah malam,  Abah lah yang akan bergegas pulang ke rumah bawa ke klinik.

Bila aku tertidur di rumah Mak tok, Abah lah yang akan dukung macam aku ni princess, dukung bawa pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Aku suka tengok laut, sebab masa kecil dulu , waktu petang mesti Abah bawa aku dan adik naik motor berjalan-jalan di Tanjung Harapan. Abah akan beli kacang rebus dan air dan duduk menghadap laut. Aku dan adik seronok membaling batu ke laut. Kadang-kadang teruja nampak Kapal besar. Entah apa yang Abah lihat di penghujung laut tu kan....

Bila aku di sahkan sakit masa tingkatan 4, Abah sibuk mencari ubat macam-macam untuk aku. Vitamin, makanan kesihatan untuk kulit , macam-macam lah. Sebab Abah nak anak dia cantik. Masa tu muka aku jadi merah.Kulit aku sensitif kepada cahaya.

Abah juga selalu akan kerja shift malam, kadang-kadang je Abah terpaksa masuk shift pagi. Sebab Abah kerja shfit malam sebab senang untuk Abah ambil dan hantar aku ke sekolah. Pagi-pagi Abah bergegas balik rumah untuk jemput aku. Masa tu kami dah ada kereta.

Bila temujanj aku dengan doktor.. ohh ye masa tu aku mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya. So, Abah lah yang akan hantar dan teman. Selalunya, aku tengok Abah akan tahan ngantok sebab mata Abah merah. Kadang-kadang Abah tertido di sofa ruang  menunggu. Abah nampak lena dan kepenatan sebab balik dari kerja pagi tu terus bawa aku ke Putrajaya.

Balik rumah pula, Abah akan kemas rumah dan memasak untuk tengahhari. Masa ni mak dah mula bekerja. Lepas tu barulah Abah tidur sebentar dan akan masuk kerja petang itu. Sejak Mak bekerja, Abah lah yang membantu memasak dan kemas rumah pada hari-hari biasa. Abah tahu buat semua benda termasuklah kerja-kerja rumah.

Abah tak pernah cukup tidur macam aku yang terlebih tidur ni.

Kalau nak tulis.. memang tak habis nak cerita. Tapi, Abah lah hero aku sejak dari kecil. Abah hebat walaupun Abah tak ada kereta rumah besar kerja biasa-biasa tapi Abah seorang yang tak pernah kenal erti penat dan putus asa.

Sesungguhnya Pengorbanan seorang bapa itu sungguh besar dan tak mungkin dapat di balas setimpal dan sama dengan apa yang di beri sejak kita kecil lagi.


Saturday 14 June 2014

Perkhabaran Dari Bulan

Kelihatan bulan penuh malam ini. 
Bercahya berseri-seri menerangi malam ini. 
Jauh aku di utara jauh lagi kau di selatan. 
Mungkin kau juga perasan kehadiran bulan di malam ini.
Mungkin kau mengingati kata-kata ku dulu...

Ohh bulan
Sampaikan bicara rinduku padanya
Agar dia tahu aku sedang mengingatinya dari jauh

~

Mungkin jalinan kasih ini Allah tangguhkan 
Untuk
Kau dan aku
Sama-sama panjatkan doa dahulu
Sebelum sama-sama maju
Melangkah ke alam baru
Agar kita lebih tahu
Cinta ini sebenarnya untuk Allah yang satu
Bukan hanya untuk dua orang bersatu


(JulyWednesday)