Tuesday, 26 April 2016

Tahniah! Kawan Lama

Assalammualaiukum.

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat melihat sebuah kejayaan yang dikecapi oleh salah seorang kawan aku masa di sekolah menengah dahulu. Adik dia upload gambar konvokesyen dia. Alhamdulillah dia dapat kelas pertama dan dia juga merupakan penerima Anugerah Naib Canselor. Tahniah Afiq. Kau yang konvo , aku yang rasa terharu dan sedih. 

Actually, aku bangga dengan kawan aku ni. Dia berusaha dengan gigih untuk sampai ke tahap ni.

Throw back.

Kami satu kelas dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 3.

Dia ketua kelas aku masa tingkatan 1. Ingat lagi masa tu, dia selalu cari gaduh dan suka usik aku. Tapi, tu lah permulaan kami berkawan. Dari gaduh, usik-mengusik. Kami jadi kawan. Setiap hari jumaat, kami antara yang lambat sampai sekolah dan lambat masuk kelas. Selalu bertembung.

Setiap kali dapat markah kelas peperiksaan, Kami selalu bandingkan markah kami. Ingat lagi masa tu di makmal sains. Cikgu sains kami namanya Puan Marhen. Haa lupa selain Afiq, aku juga geng dengan Naim ( kawan baik Afiq), Abu dan Shahren. Kami rapat masa tu.

Sebenarnya, dia suka aku masa tu. Aku terdengar perbualan dia dengan budak kelas aku yang lain merangkap jiran sebelah rumah aku di perpustakaan sekolah. Dulu, masa rehat aku selalu pergi perpustakaan. Aku jarang pergi kantin. Apa yang di bualkan. Tu semua biarlah rahsia.

Masuk tingkatan 2. Macam aku cakap sebelum ni , kami sama kelas.

Afiq selalu bagi hadiah in advance untuk hari jadi aku. Sebab birthday aku jatuh masa cuti sekolah. Masa tu tengah popular cerita Full House ( drama korea). Kami memang minat. Setaip kali perhimpunan sebelum masuk ke kelas, kami akan bercerita episod semalam antara satu sama lain. Aku akan beratur di belakang dia. Kebetulan sebab dia yang paling tinggi dalam kelas kami.

Waktu sukan. Aku memang tak suka bawa baju. Dia pun mula terikut-ikut aku. Kadang-kadang kami main baling-sambut bola berdua. Hahaha no wonder lah orang kata kami bercinta. Kadang-kadang dia baca novel di belakang kelas di bawah pokok. Kemudian kami akan berjalan sama-sama sehingga keluar pagar.

Dia pernah belikan coklat ( sebab aku minta tolong belikan. Tapi dia tak nak ambl duit) nak buat kek untuk kelas Ekonomi Rumah tangga. Tapi cikgu aku xbagi guna coklat tu. Akhirnya aku yang makan coklat bar yang besar tu sorang-sorang. Sedap. Vouchelle.

Dia sweet dan kelakar. Terlalu manis dan indah untuk dilupakan.

Masa tingkatan 3, ayah Afiq meninggal dunia. Dan sejak itu, dia semakin berubah. Dia nampak lebih serius dan jarang bercakap dengan aku. Tak tahu lah apa salah aku. Dia mula rapat dengan kawan aku. Masa tu aku sedih dan jeles. Dan biarkan ia berlalu....

Mungkin masa tu dia mula sedar dan dapat semangat untuk berjaya. 

Tingkatan 4, kami tak sekelas. Dan masa tu juga Afiq mohon masuk sekolah teknik. Dia cakap , dia mohon sekolah teknik dan ajak aku untuk mohon. Tapi aku tak nak dan dia teruskan hasrat dia untuk memohon. Masa tu aku sedih sangat. Aku cakap dekat dia. Aku doakan dia tak dapat, sebab aku tak nak berjauhan dengan. Dia je kawan yang aku rapat di sekolah selama waktu tu.

Suatu pagi, sebelum perhimpunan. Aku nampak kelibat Afiq melangkah ke arah kelas aku. Wajah dia nampak gembira. Dia macam nak jumpa aku, tapi kawan aku tegur dia. Dan dia bercakap dengan kawan aku. Masa tu aku dapat rasakan yang dia dapat tawaran tu. Sebab aku terdengar kawan aku tu bercerita dengan rakan sekelas yang lain, dia dapat masuk sekolah teknik.

Cepat-cepat aku menghilangkan diri ke tapak perhimpunan. Masa tu aku tak dapat tahan air mata. Tiba-tiba hati aku sebak. Mata aku terasa ada air hangat yang bergenang. Aku berdiri jauh-jauh, agar Afiq tak nampak aku. Tapi.. apakan daya. Dia nampak juga aku. Dia panggil aku. Masa tu aku rasa betul-betul nak keluar air mata. Aku xpandang wajah dia. Aku pandang lantai, supaya dia tak nampak aku menangis. Dia bagi tahu berita gembira tu, dan aku anggukan kepala sahaja dan terus berlalu ke belakang tanpa sepatah ucapan tahniah.

Sejak hari tu, aku mengelakkan diri dari bertembung dengan Afiq. Tapi tak lama. Lama-kelamaan aku dah boleh berfikir dengan waras, Aku terima keputusan dia. Tahun tu, kali pertama aku bagi dia hadiah. Hadiah perpisahan. Frame gambar. Aku jalan kaki punya jauh semata-mata nak belikan dia hadiah. Tak tahu lah dia simpan lagi ke tak. Dia juga bagi hadiah, katanya mungkin yang terakhir.

Bila Afiq dah tukar sekolah. Aku mula berkawan dengan kawan-kawan yang lain. Selalunya...dalam sebulan Afiq akan call aku dalam 3 atau 2 kali bertanya khabar. Lama-kelamaan, dia tak call lagi. Aku cuba bertanya kawan-kawan lain tentang dia. Katanya handphone Afiq hilang.

Lama kami tak berhubung. Lepas SPM, kami bertemu dekat perpustakaan. Dia bawa hadiah lagi. Tu lah hadiah terakhir yang dia beri.

Terlalu gembira melihat dia di depan mata. Aku tak mampu berbicara, hanya senyum lembar yang aku mampu lemparkan. Dia sembang dengan kawan aku je.Katanya, nak fokus membina kerjaya.

Lama kami tak berhubung. Kadang-kadang je kami bersms. Dia dengan haluan hidup dia dan aku dengan haluan hidup aku. Kami tak rapat macam zaman sekolah menengah dulu. Mungkin ruang waktu telah merenggangkan persahabatan kami.

Kini, dia dah berjaya mencapai cita-cita dan impian. Menjadi kebanggaan keluarga. Semoga dia terus berjaya di dunia dan akhirat.

Tahniah Muhammad Afiq Iskandar. Hahaha aku rindu zaman persahabatan kita dulu. Maafkan aku andai aku ada menyinggung perasaan kau selama kita bersahabat.



No comments:

Post a Comment