Thursday 10 April 2014

Perkongsian Ilmu : Al - Quran Menjadi Petunjuk Bagi Perempuan yang Bertakwa

Assalammualaikum....

Hai lama dah tak buka blog sendiri. Harini aku nak kongsikan sesuatu apa yang aku baca sebentar tadi. Harap-harap , kita semua dapat manfaat daripadanya.

Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang yang bertakwa, tidak terkecuali bagi perempuan. Orang yang mahu mendapatkan petunjuk dari Al- Quran harus terjalin dengannya dengan hati yang sihat, jernih, takut, waspada dan hati-hati. Ketika itulah Al-Quran akan membuka pelbagai rahsia dan cahayanya pada hati orang yang bertakwa.

Diriwayatkan bahawa Umar bin Khattab r.a bersoal kepada Ubai bin Ka'ab tentang takwa. Ubay bertanya kembali kepada Umar,

" Apakah engkau pernah melalui jalan berduri?"

Umar menjawab, " Pernah"

Ubay bersoal lagi, " Apa yang engkau lakukan?"

Umar menjawab, " Aku berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh"

Ubay bin Ka'ab berkata, "Itulah takwa."

( Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Itulah hakikat takwa, iaitu kepekaan hati nurani, keheningan perasaan, rasa takut yang terus menerus, bersikap hati-hati dan waspada terhadap duri-duri jalan. Dalam menjalani kehidupan ini, sangat banyak tarikan duri-duri nafsu dan syahwat, duri-duri cita-cita dan angan-angan, duri-duri keresahan dan kegelisahan, duri-duri harapan palsu kepada orang yang sesungguhnya tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi harapan, duri-duri ketakutan palsu terhadap orang yang tidak mampu memberi manfaat atau bahaya dan masih banyak duri yang lain.

Perempuan yang bertakwa tidak akan mudah tergelincir disebabkan duri-duri kehidupan kerana benteng takwa telah menetapkan hatinya untuk mengambil dan menerima Al-Quran sebagai petunjuk kehidupannya. 

Abu Rauq meriwayatkan dari Ad-Dahhak, dari Ibnu Abbas r.a mengenai ' hudal lil muttaqin', dia mengatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang beriman yang menjauhkan diri dari kemusyrikan terhadap Allah dan sentiasa beramal dengan mentaati-Nya.

Dari At-Tiyah As-Sudi r.a Ia berkata, Rasullullah SAW bersabda, " Seseorang hamba tidak akan sampai pada darjat takwa sehingga dia meninggalkan sesuatu yang makruh kerana bimbang akan terjerumus ke dalam dosa." (Hadis riwayat Tarmizi). (Ibnu katsir, Tafsir Al-Quran Al-Azim, Jilid 1, 1996:42)

No comments:

Post a Comment