Tuesday, 11 December 2012

HADIAH TERINDAH PADA TAHUN 2012

Assalammualaikum semua
Hai-hai-hai.... :)

Senyumlah walau anda sedang berduka ,kerana senyuman penawar segala duka (^_^)

Cerita hari ni....aku dapat hadiah paling terindah buat tahun ni. Sememangnya hadiah tersebut walau xdapat dilihat dengan mata dan tak dapat dirasa dan disentuh dengan tangan mulus ku ini tapi hadiah tersebut sangat-sangat bernilai sebab "TIDAK DIJUAL" atau "NOT FOR SALE". 

Ia juga merupakan sebuah IMPIAN aku hahahaha DREAM COMES TRUE oiii mana tak gembira sakan macam nak terlompat-lompat je...hehehe

Mesti nak tau kan hadiah apa tu? beg LV ke? PRADA ke? jam tangan ROLEX ke??? hahahaha bukan...bukan yang tu...yang tu tak hingin lagi....dah tahap kayo rayo baru terhingin kot hehe gurau je..

Hadiah yang menggembirakan tu ialah.....  last sem ni aku dapat lagi Anugerah Ketua Jabatan... so means konvo nanti dapatlah pingat yang diimpikan selama ni. Walaupun just pingat, tapi memori, jatuh bangun, susah payah, tak tido malam, bergelumang dgn buku-buku, perasaan yang kadang-kadang dah putus asa, kegelisahan tak dapat jawap soalan dan macam-macam lagi lah yang tersembunyi disebalik pingat tersebut yang sangat-sangat berharga.

Kejayaan ni buat diri sendiri, family, kawan-kawan dan untuk orang dekat sana. Buat orang dekat sana...saya dah berjaya tunaikan janji saya.

Kejayaan ini juga aku capai sebagai seorang hambanya yang lemah yang sentiasa berharap padaNYA. THANK YOU ALLAH.

Ingat ye kawan-kawan setinggi mana pun kejayaan kita, seluas mana pun tanah jajahan kita, bertimbun mana pun harta kekayaan kita jangan kita lupa asal usul kita, yang hanya dari tanah. Semua yang kita kecapi adalah atas izinNYA dan semua yang kita miliki adalah milik DIA. Oleh itu, jangan sesekali kita lupakan dan kita sombong denganNYA

Ni nak bagi sedikit petua kejayaan..hehehe ada 3 je tak banyak pun..


1) Berusaha.
kenalah berusaha sebab bak kata pepatah melayu... Bulan takkan jatuh ke riba kalau asyik tenung je bulan tu. So...kalau nak pergi bulan kenalah jadi angkasawan hehehe

2) Berdoa
Kita kena sentiasa berdoa kepadaNYA. Sebab orang yang tidak berdoa ni orang yang sombong kepada Tuhannya. Lagi pun doa itukan senjata orang-orang mukmin.

3) Tawakkal.
Selepas berdoa dan berusaha, kita tawakkal je kepada Allah. Kalau yang dihajati tidak dikecapi juga..percayalah kerana ada hikmah disebaliknya. Kerana apa? kerana Allah itu Maha Mengetahui. So jangan sedih kalau kita tak dapat apa yang kita nak sebab kita akan dapat yang lebih baik daripada itu.

Diharapkan petua tu boleh membantu anda ye. Bukan apa...kadang-kadang kita sebagai manusia ni nak mudah je.. xnak bersusah-susah dahulu..sehingga kita lupa cara yang kita guna tu salah. Tapi kita sebagai manusia tidak akan lari dari kesilapan...kerana kita insan biasa. Tapi jangan suka-suka je guna ayat tu untuk halalkan yang salah ye....jangan nakal-nakal ea..

Ok lah Assalammualaikum..kita jumpa lagi diruangan baru. see u....ahakz!!

Sunday, 9 December 2012

Bicara Hati Berduka

Ya Allah ....
Kau tabahkan lah hati ini
Kau kuatkan lah hati ini
Kau tenangkan lah hati ini
Sesungguhnya begitu berat bagiku menahan perasaan ini

Ya Allah......
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang dilangit dan dibumi

Ya Allah
Hanya padaMu aku berserah
Berikan lah aku petunjuk jalan yang benar
Kurniakanlah yang terbaik buat ku
Sesungguhnya aku hambaMu yang kerdil dan lemah

Ya Allah
Pohonku padaMu....
Kuatkan lah Hati ini...
Sembuhkanlah hati ini
Dari kedukaan duniawi...


Wednesday, 21 November 2012

TAKDIR BUAT SI HATI




Hari bersilih ganti
Musim berubah angin
Begitu juga dengan Hatiku
Adakalanya cerah seindah musim bunga
Adakalanya mendung membawa awan kelabu

Mengapa dan kenapa begini jadinya
Siapa dan apa penyebabnya
Tidak aku ketahui
Tidak pula aku mengerti
Kenapa setiap persoalanku
Tiada jawapannya

Hati ini memberontak
Mengapa dan kenapa tetap menjadi persoalanku
Namun, ku ibarat berbicara di angin lalu
Ku ibarat bertanya pada tunggul yang kaku

Hari semalam kau berikan ku harapan
Hari ni kau mohon kemaafan

Dan sekali lagi kau ucap madah-madah cintamu kepadaku
Kau kembali taburkan bunga harapan
Walau ku tahu...
Harapan itu tipis buatku
Walau ku tahu...
Hati ini akan menjadi hablur-hablur yang halus
berterbangan di bawa kedinginan angin lalu

Ingin aku lupakan kenangan itu
Ingin aku membuang perasaan itu
Ingin aku hidup di dunia baru tanpa kenangan lalu

Oh Tuhan
Mengapa begini ceritanya
Walau ku tahu ini takdir namanya

Takdir tetap Takdir
Ini takdir buatku...

Sunday, 21 October 2012

Secangkir Kopi Sepiring Cekodok Ikan Bilis

Assalammualaikum...

Hai selamat petang semua....
Hari ni...dan saat ini di petang ahad ini..hujan membasahi bumi sabak bernam. Hehehe oklah...hari minggu adalah hari yang paling tenang bagi aku dan mungkin juga bagi kawan-kawan yang lain. Setelah berbulan-bulan dilanda tekanan dan bebanan dan macam-macam perasaan yang bersarang di hati nurani ini...dan AKHIRNYA!!! semuanya dah berakhir dengan senyuman ^^ aku gembira bebenor ni...sebab presentation for VIVA dah berakhir dengan jayanya...fuhh punyalah sakit nak siapkan Final project sampai ada yang nangis-nangis tau..sakit kepala tak payah cakap...setiap petang kepala sakit hadap project. hmmm so tinggal lagi sebulan untuk habiskan pengajian disini...hanya bersiap sedia untuk final exam..gembira?? of course lah kan...tapi sedih pun ada....lepas ni masing-masing bawa hala tuju sendiri. Tragedi ini berlaku lagi!! kali terakihir masa lepas habis sekolah menengah. So sad...but itulah realiti kehidupan kan?? yang datang akan pergi....yang patah tumbuh kembali..hahaha apa merepek ni cik yana?

Haaa nak tunjuk ni....secangkir kopi sepiring cekodok ikan bilis di petang hari yang kedinginan disimbahi hujan di bumi sabak bernam...^^


tak adalah secangkir sangat...dan tidaklah pula sepiring..tapi sepinggan..hehe pinggan tu tak cantik sangat....sebab biasalah kan orang bujang...student pulak tu..tak mampu nak beli pinggan mangkuk macam mak kita punya...hehehe ^^

Oklah awak semua...saya nak tinggalkan lagu ni untuk awak semua...



Saturday, 13 October 2012


Malam Berteman Kopi O 

Assalammualaikum...

 Hai.. malam ni duduk bersendirian di rumah tanpa housemate yang lain...biasalah diaorang semua balik rumah family. So, tinggallah sendirian di bumi sabak bernam ini bertemankan kopi o cicah biskut lemak Hup Seng! sambil tengok rancangan SALAM BAITULLAH yang bersiaran di TV1 yang dihoskan oleh prof . madya Ridhuan Tee (favourate ustaz tuuu , suka tengok dia mengacara)

Hmm huhu teringin nak pergi haji jugak..tapi bukan sekaranglah kan...sebab duit pun xada. Insyaallah ada rezeki sampailah kita ke sana ye. Seronok tengok orang yang gembira nak jejakkan kaki ke tanah suci makkah. ^^. Mesti gembira tak terhingga dapat jejak kaki ke tanah kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w

Dapat berdoa dekat situ...harap-harap sempatlah jejakkan kaki ke mekah sebelum nyawa terpisah dari jasad. 

Oklah buat pembaca-pembaca yang terbaca semoga anda dirahmati Allah... 
Salam sayang dari saya yang jauh di Bumi Sabak bernam ^^


Wednesday, 12 September 2012

Assalammualaikum...

Hai hai hai... hari ni satu hari duduk rumah.. sebab kelas batal. So, duduk je lah rumah...
Tiba-tiba hari ni rindu dekat mak. Hmm walhal semalam baru je dengar suara mak. Rasa tak sabar nak tunggu hari jumaat nak balik rumah...

Hahaha banyak-banyak hari..aku suka hari minggu. Nak tahu kenapa? sebab..hari minggu rumah aku akan jadi Full house. Semua orang ada dekat rumah..ada mak, abah, adik,abang dan anak-anak buah yang bikin kecoh satu rumah dengan kenakalan diaorang..Dan hari minggu jugak lah mak akan masak sedap-sedap.

Walaupun duduk rumah je...tapi rasa seronok sebab kita bersama dengan orang yang kita sayang.Rasa bahagia! rasa aman, tenang, damai dan bebas dari masalah hahaha

Pesanan ikhlas dari saya..sayangilah ibu bapa anda dan hargailah mereka sementara merka ada disisi anda ^_^





Wednesday, 5 September 2012

Coret-Coret sikit

Assalammualaikum..

Hai semua... hari ni cuaca panas , mendung, hujan!! haha biasalah cuaca sukar diramal...sebab tulah ada peribahasa "ku sangka panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di siang hari..." macam lirik dalam lagu slam je kan.

Apa yang nak dicoretkan-coretkan??? 
entahlah tak tahu nak taip apa..tak tahu nak kongsi apa dengan kamu semua.
Jom kita dengar lagu ni dulu sebelum kita sambung bercerita..



Lagu ni buatkan aku teringatkan kawan-kawan aku yang dah aku kenal nak dekat 3 tahun. Kawan-kawan yang pagi, petang siang, malam aku hadap. Kawan-kawan sama-sama bergelak ketawa..sama-sama merungut..sama-sama menangis..sama-sama serabut dengan final exam sama-sama berdebat mengeluarkan teori2 kebaBOMM...dan kadang-kadang jadi kawan bergaduh haha tapi itu semua mengajar kita jadi lebih matang.

3 tahun di bumi sabak bernam, di tempat yang aku bayangkan dahulu cantik dan indah dengan sawah padi menghijau. sepanjang jalan ( itu sebelum aku sampai menjejakkan kaki) tetapi bila aku sampai ke sini ( masa tu tahun 2010) hahaha macam nak menangis nak patah balik klang sebab sepanjang jalan nampak kelapa je...pendalaman betul ! The real kampung....

Tapi Alhamdulillah di tempat ini lah aku jadi AKU YANG BARU.

Mula mengenal erti kehidupan. Disinilah aku keluar dari keponpong ibarat rama-rama yang baru keluar dari kepongpong lah kan..hahaha

So,banyak kenangan yang kami kongsi dan kami lalui bersama. Moga-moga setelah kita berpisah membawa hala tuju kita masing-masing kenangan ini boleh mengubat kerinduan.. kalau kauorang rindu lah..

Makan maggie dalam satu mangkuk besar 5 garfu tu paling indah...maggie yang biasa2 tu rasa sedap bila kita berkongsi kan kan?



5 SAHABAT

Tapi memang betul lah kan kenangan yang paling best adalah waktu kita sekolah dan belajar It is too sweet!!

Kepada kawan-kawan...lagi 3 bulan je lagi kita akan tinggalkan Politeknik Sabak Bernam..tak taulah bila lagi kita akan jejakkan kaki kita dekat sini lagi kan?? walaupun mula2 dulu punyalah kutuk tempat ni..tapi tempat nilah yang dah mematangkan kita dan tempat kita menimba ilmu DAN tempat ni lah yang menemukan kita 5 sahabat.

Akhir kata dari saya.... hahaha macam berceramah pulok. akhir kata xada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ini...tapi ketahuilah kamu..

AKU SAYANG KORANG... ^_^