Sunday, 19 October 2014

You Can Always Come Back Home

Assalammualaikum......


credit to google!
Tak mahu ckp banyak dalam ruangan kali ni....
Biar gambar berbicara ;)
Hanya nak kongsi sebuah lagu...
Khas buat semua kawan-kawan yang tak balik cuti mid sem dan yang sedang bergembira menikmati cuti mid sem..

Hari ni aku rasa, hari aku sangat indah. Macam musim bunga gitu..hahahahaha




selamat bergembira dengan hidup anda. Tapi ingat! pilih lah jalan yang benar lagi benar!

You can always come back home ;)

Friday, 26 September 2014

Keberkatan Masa




"Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal"

Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa.
Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.
Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata,
" Semoga dpt rezeki yg berkat"
Itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? 

Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2.
Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis banyak buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.
Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.


#sharefromustaznasirfb

Friday, 19 September 2014

Selamat Mengingati Hari Tua Kawan..




Assalammualaikum...

Hai.. disebabkan hari ni aku ada masa yang sangat terluang dan tak tahu nak buat apa hari cuti ni dan RAJIN pulak petang-petang ni nak menulis dekat blog ni kan. Sebenarnya aku baru lepas baca post entry yang dah berzaman dekat blog kawan aku ( aku rasa dh berpuluh kali aku baca benda yang sama)... herr

Esok hari jadi kawan aku yang boleh dikira, salah seorang daripada kawan-kawan baik yang aku ada dekat dunia ni lah.. dan dia seorang je kawan baik lelaki yang aku ada!

So, entry kali ni khas buat kau ye Amir 'Izzat.....

Selamat Hari Lahir...yang ke 23 tahun.


23 tahun yang mengingatkan usia kita makin meningkat dan kematian makin hampir menjemput...

Masa berlalu dengan pantas...

Semoga kehidupan yang masih ada ini digunakan sebaiknya.

Semoga lebih matang dan lebih tabah menghadapi segala rasa dan dugaan.

Semoga kau lebih gembira dan bersyukur dengan apa yang kau miliki..

Semoga kau berjaya meraih apa yang kau impikan..

Semoga kau berjaya dan bahagia...

Semoga kau dirahmati dan dilindungi..


sorry aku curi gambar kau....hahaha








SURPRISE!!!!!!!!!








Nah.Pavlova yang kau nak makan tu...

Selamat hari dewasa Amir...

Semoga kau nampak bintang dan bulan malam ni...That's your hadiah hahaha hanya mampu doa dari jauh.

Yang jauh di utara.

Saturday, 30 August 2014

Pelangi Untuk Dia

Assalammualaikum..

Pelangi untuk dia. Walaupun dah hampir 2 tahun kami tidak berhubung atau senang kata memutuskan hubungan tapi ingatan terhadap dia tak pernah hilang. Dia adalah seorang kawan. Mengapa memutuskan hubungan? kerana itu adalah lebih baik daripada terus berhubung. Hari ini aku teringat akan dia lagi. Bukan hari ini je.. sebenarnya kerap kali juga cuma kadang-kadang aku akan terlupa dia bila diri ini sibuk bersama-sama rakan-rakan lain dan rutin harian yang sibuk.

Hmmm dulu kalau ingat dia, mesti hati akan sedih. Tapi sekarang hati dah kuat dan tabah. 

Masa cepat berlalu, seakan-akan baru sahaja ia berlaku.

Sekarang kehidupan dia lebih jauh berkembang daripada kehidupan aku. Dia sudah pun mendirikan rumah tangga dan bakal menimang cahaya mata. Sekarang mesti dia sedang berbahagia bersama pasangannya. Walaupun mungkin dia fikir aku marah akan dia, tetapi sebenarnya aku tumpang bahagia bila lihat dia bahagia.

Tidak ada apa-apa niat di hati selain ingin melihat perkembangan hidup dia saja. Baguslah kalau pilihan itu membahagiakan dia. Semoga kehidupannya sentiasa dirahmati dan... walaupun perasaan itu kian menghilang pasti suatu hari nanti... aku akan lupakan kau selamanya.

Hahaha....

Dan aku... sedang meneruskan perjalanan yang aku pilih. Semoga jalan yang aku pilih ini adalah yang terbaik dan di penghujungnya ada hasil yang boleh membuatkan aku tersenyum melihat pelangi di tangan.

Semoga berbahagia.

Tuesday, 19 August 2014

Surat Cinta



Allah lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit sebagaimana yang Dia kehendaki dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar daripada celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hambaNya yang Dia kehendaki, lalu mereka bergembira.

Padahal sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.

Maka perhatikanlah tanda-tanda rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi setelah mati (kering) . Itu bererti Dia pasti (berkuasa) menghidupkan yang telah mati. Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.

Surah Al-Rum ayat 48 - 50

Monday, 23 June 2014

Multi Tasking Olalalala~


Assalammualaikum.....

Hai....
Hmmmm
Sunyi~

Sebab ramai yang dah balik bercuti semester lebih awal dari kami yang masih di sini bergelumang dengan nota-nota cinta dan alat-alat sampingan.....

Kenapa dengan multi tasking??

Aha! semenjak beberapa minggu ni dan semakin dekat dengan tarikh exam bagi paper Financial management 2 ( 24 jun)  dan Accounting informatin system (25 jun). Kepala aku dah macam nak ting tong pun ada.

Kejap membaca dan melukis. Kejap kang tukar pula pegang kalkulator buat kira-kira. Nampak tak. Kejap jadi system designer kejap jadi financial manager duk kira saham .Aduh lah jadual exam dia pun kemain rapat lagi erat noh....

Sampai nak tidur pun tak boleh. Otak bergerak-gerak berfikir ( jawap soalan dalam tidur) rasa nak marah otak ni pun ada. Ohh otak kau tak faham apa itu erti  penat dan nak tidur? kesian lah dekat aku ni tak dapat nak tidur macam manusia normal. ehh tak suka betul, rajin sangat sampai bawa ke tidur. Nampak tak? dalam tidur pun aku duk fikir jawapan. Multi tasking namanya tu.

Dan dah alang-alang keseorangan dan suka sangat multi tasking. Lalu aku pun buat kerja sambil laptop terbuka...

Multi tasking...

Berblog sambil buat kira-kira. Kalkulator tak lekang dengan aku.grrr


Perhiasan di board dan meja dah siap di "packing" semangat nak balik tu lebih dari semangat nak jawap exam haha.

Sambil mengira tu dengar pula lagu ni... sambil hujan membasahi bumi.


So sweet.... esok hati gegaq nak jawap FM2. Doakan aku. Ok bye. Assalammualaikum.

Monday, 16 June 2014

Abah My Super Hero

Assalammualaikum...

Yuhuu rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Abah!

SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA-BAPA di mana jua anda berada.

Tajuk kali ini adalah berkenaan dengan Abah aku. Kalau tahun lepas aku ada menulis tentang Mak aku, sekarang nak cerita tentang Abah pula. Ye Alhamdulillah Abah masih dikurniakan kesihatan yang baik dan gagah perkasa bak hang walaupun umurnya sudah pun hampir seusia kemerdekaan Malaysia.

Abah dulunya adalah seorang Tentera Darat bertemu dengan Mak disini dan berkenalan. Kisah cinta Mak Sweet sangat hahaha main balas-balas surat dan selepas beberapa ketika Abah hantar rombongan dari Johor ke Selangor untuk menyunting bunga larangan di taman. Tapi TABIK SPRING dekat Abah sebab berjaya menghadapi Mak Tok.

Mak Tok dulu sangat garang dengan anak-anak dia berbanding dengan Abah Atuk yang lebih lembut dan terserlah sifat penyanyang dia terhadapa anak-anak. Dengan kesabaran Abah dengan kerenah Mak Tok akhirnya Abah berjaya menjadi menantu kesayangan Mak tok sampai Abah dah jadi macam anak kandung Mak Tok dan Mak bertukar jadi menantu pula. Nampak tak sayangnya Mak tok dengan Abah sampai begitu sekali.

Selepas selama 10 tahun Abah berkhidmat dengan ATM, akhirnya abah berhenti. Tak tahu kenapa Abah berhenti awal, tak pernah pula bertanya kenapa. Selepas itu, Abah bekerja di Jeti. Angkat barang seperti Kubis kentang dan lain-lain. Kemudian Abah dapat pekerjaan baru Abah kerja sebagai Security Guard sampailah aku habis Tingkatan 5 dan sekarang Aabah jadi Supervisor Cleaner di Pejabat Imigresen.

Abah bukan lah seorang yang berpelajaran tinggi tapi Abah punya cita-cita untuk melihat anak-anaknya berjaya dan hidup senang. Aku antara kiranya anak yang agak "manja" sebab sekolah dulu Abah yang akan hantar dan ambil. Abah mula ambil dan hantar ke sekolah sejak aku jatuh sakit. Sebab Doktor kata aku tak boleh kena panas. Seingat aku, last aku naik basikal ke sekolah masa tingkatan 2, lepas tu tak mahu dah naik basikal, so akak aku tak pun abang aku yang akan ambil di sekolah.

Lagi pun, masa tu aku satu sekolah dengan abag aku yang pertama dan sekolah abang yg ke-2 sebelah sekolah aku je. Tak lah jauh mana pun kan. So, Abang-abang aku akan bergegas pulang ke rumah bila dah tamat sesi persekolah mereka untuk ambil aku hantar ke sekolah. Lepas abang-abang aku habis sekolah dan sambung belajar di utara dan seorang lagi bekerja, Abah lah yang akan ambil tak pun aku sendiri akan jalan kaki kalau tak ada siapa yang ambil. Jauh bak hang....tapi waa relax je sebab dah biasa... dan terpaksa. Puas lah Mak pujuk aku suruh naik bus sekolah, tapi aku ta mahu. Sekeras-kerasnya menolak. Tak nak sebab alasan tak reti. Sebenarnya tak mahu sebab nanti kena keluar rumah awal. Pagi-pagi buta gelap gelita tunggu bus.

Ehh ni terlebih kona pulak cerita aku ni kan...

Ok,  nak dijadikan cerita disebab kan hari-hari Abah yang hantar dan ambil aku sekolah. Hari-hari jugalah aku mendengar benda yang sama dalam kereta. Abah akan bagi nasihat belajar sungguh-sungguh. Selalunya Abah tekan kan mata pelajaran Math sebab Abah tahu aku lemah Math. Selain itu , Abah juga bagi motivasi, setiap hari benda yang sama. So lekat dah benda tu dalam otak aku.

Dari dulu Abah seorang yang sangat sibuk bekerja mencari rezeki untuk kami anak beranak. Abah tak macam Ayah orang lain. Hujung minggu ada di rumah. Hujung minggu bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Abah aku kalau ada pun dia akan berehat di rumah sebab Abah penat bekerja lagi pun masa tu kami tak ada kereta dan paling sweet Abah akan tolong mak memasak , kadang-kadang Abah bekerja sambilan mengajar orang memandu di sekolah memandu. Sebab tu Abah tak ada masa nak bawa kami berjalan-jalan.

Cuti raya cina ke apa ke Abah akan kerja sebab hari tu akan dapat Double. Semua tu untuk kami, dan aku faham Abah sibuk kerja sebab Abah nak belikan buku, nak bayar yuran, nak bayar itu ini, nak bagi kami makan sedap-sedap macam orang lain dapat makan ayam,daging, ketam, udang dan sotong, nak belikan baju baru untuk kami walaupun untuk mereka ( Mak & Abah) mereka tak beli pun pakaian baru walau sehelai. Aku perasan Abah tak pernah beli baju raya pun untuk dia. Sekarang bila anak-anak dah besar baru lah aku tengok Abah pakai baju melayu baru masa Hari raya.

Walaupun Abah nampak garang dengan misainya, hahaha itu diakui, budak-budak takut dengan Abah aku sebab misai abah haha...

Tapi sebenarnya Abah sayangkan kami. Bila aku merajuk tak mau makan sebab gaduh dengan abang aku, Abah lah yang akan pujuk bawa sepinggan nasi. Abah akan pujuk suruh makan, bila aku degil tak mahu Abah sabar memujuk dengan berjanji, " Kalau makan nasi, nanti Abah belanja aiskrim". Sweet kan Abah.

Bila sakit demam panas tengah-tengah malam,  Abah lah yang akan bergegas pulang ke rumah bawa ke klinik.

Bila aku tertidur di rumah Mak tok, Abah lah yang akan dukung macam aku ni princess, dukung bawa pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

Aku suka tengok laut, sebab masa kecil dulu , waktu petang mesti Abah bawa aku dan adik naik motor berjalan-jalan di Tanjung Harapan. Abah akan beli kacang rebus dan air dan duduk menghadap laut. Aku dan adik seronok membaling batu ke laut. Kadang-kadang teruja nampak Kapal besar. Entah apa yang Abah lihat di penghujung laut tu kan....

Bila aku di sahkan sakit masa tingkatan 4, Abah sibuk mencari ubat macam-macam untuk aku. Vitamin, makanan kesihatan untuk kulit , macam-macam lah. Sebab Abah nak anak dia cantik. Masa tu muka aku jadi merah.Kulit aku sensitif kepada cahaya.

Abah juga selalu akan kerja shift malam, kadang-kadang je Abah terpaksa masuk shift pagi. Sebab Abah kerja shfit malam sebab senang untuk Abah ambil dan hantar aku ke sekolah. Pagi-pagi Abah bergegas balik rumah untuk jemput aku. Masa tu kami dah ada kereta.

Bila temujanj aku dengan doktor.. ohh ye masa tu aku mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya. So, Abah lah yang akan hantar dan teman. Selalunya, aku tengok Abah akan tahan ngantok sebab mata Abah merah. Kadang-kadang Abah tertido di sofa ruang  menunggu. Abah nampak lena dan kepenatan sebab balik dari kerja pagi tu terus bawa aku ke Putrajaya.

Balik rumah pula, Abah akan kemas rumah dan memasak untuk tengahhari. Masa ni mak dah mula bekerja. Lepas tu barulah Abah tidur sebentar dan akan masuk kerja petang itu. Sejak Mak bekerja, Abah lah yang membantu memasak dan kemas rumah pada hari-hari biasa. Abah tahu buat semua benda termasuklah kerja-kerja rumah.

Abah tak pernah cukup tidur macam aku yang terlebih tidur ni.

Kalau nak tulis.. memang tak habis nak cerita. Tapi, Abah lah hero aku sejak dari kecil. Abah hebat walaupun Abah tak ada kereta rumah besar kerja biasa-biasa tapi Abah seorang yang tak pernah kenal erti penat dan putus asa.

Sesungguhnya Pengorbanan seorang bapa itu sungguh besar dan tak mungkin dapat di balas setimpal dan sama dengan apa yang di beri sejak kita kecil lagi.