Saturday, 5 January 2013

Hujan Di Pelabuhan Klang

Assalammualaikum....

Hari ni cuaca di Pelabuhan Klang hujan dari pagi. Matahari seakan-akan merajuk, enggan memunculkan diri.

Awan menangis lagi. Tapi akan ku hentikan tangisanmu itu dengan menghadiahkanmu segaris pelangi.

Kita selalu diuji..selalu berduka
Namun bangkitlah semula...dalam kesedihan ada kegembiraan, belum jumpa? tak apa, Allah sudah tentukan masanya....kalau bukan sekarang..esok masih ada :)































p/s :gambar sekadar hiasan. Diambil dari pages Bercinta Selepas Nikah

Friday, 4 January 2013

Perjalanan Beribu Batu Bermula Dari Langkah Pertama

Assalammualaikum...

Hari ni hari jumaat. Penghulu segala hari. Bila hari jumaat, mesti terasa lain. Dulu, masa belajar, jumaat lah hari yang dinanti-nanti untuk balik bercuti di rumah. Ingat lagi dari Kuala Selangor naik bus nak balik rumah dekat Pelabuhan Klang, tapi kena transit dulu dekat klang lepas tu barulah naik Train ke Pelabuhan Klang.

Hari ni nak tulis pasal apa?

Tu... tajuk dekat atas tu. Kata-kata dari Mahatma Gandhi.

" Perjalanan beribu batu, bermula dari langkah pertama"

Dari satu baris ayat tersebut. Kita boleh kaitkan dengan pelbagai kisah. Sebagai contoh, Kehidupan kita di dunia ni juga merupakan satu perjalanan. Ia dipanggil PERJALANAN HIDUP!

Semua orang ada perjalanan hidup sendiri, tapi perjalanan hidup kita tak sama. Ada yang begitu, ada yang begini. Orang kata, hidup kita ni macam roda. Sekejap dekat atas, sekejap dekat bawah. Itu sudah semestinyalah kan? kalau roda tu tak boleh berputar haha there something goes wrong with the roda. Macam hidup kita juga, kalau gembira je tak ada yang duka, itu maknanya apa? haha ada sesuatu yang tidak kena dengan anda. Apa dia? Anda mungkin GILA! haaa baik pergi jumpa doktor sakit jiwa cepat-cepat.

Cuba baca ayat-ayat dekat bawah tu, hayatilah setiap baris perkataan. Buat anda yang terasa hidup anda 'DOWN' janganlah terus jatuh terjelepuk diatas tanah. Cuba untuk bangun nak terus berjalan mencari sinar bahagia.

 BERGANTUNGLAH HIDUP KEPADA ALLAH.



Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah
Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis
Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba tuk berserah
Cuba dan cuba tuk percaya
Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim bagai tengkujuh
Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba tuk' berserah
Cuba dan cuba tuk' percaya
Pada baris butir doa
Kau memohon
Kau berserah
Hanya pada DIA
DIA

- Tajuk lagu- Cuba
Penyanyi- Aidil

Thursday, 3 January 2013

HOW'S YOUR TEMUDUGA?

Assalammualaikum..

Hari ni cuaca di Pelabuhan Klang cantik sangat-sangat. Mentari bersinar-sinar memancarkan cahayanya.
Hari ni juga mood punyalah gembira. Dah lepas interview yang dinanti-nantikan.

Hahaha

Appoinment interview tadi pukul 2 petang, tapi disebabkan tak jumpa syarikat tu, dok lah pusing-pusing kawasan tu. Akhirnya, aku call je Mr Leong tu. Aku punyalah excited cakap yang aku tak jumpa company dia dekat mana. Alih-alih, dia cakap "Can u Speak english?" haaaa sudah..dia tak faham bahasa melayu lah pulak. Aku pulak time tu, blur-blur tetiba secara mengejut suruh aku cakap omputeh. Hilang semua ayat. Lastly, aku dah tak tau nak cakap apa, aku terus tutup.(jangan ikut contoh ni, tidak sopan). Tapi, selepas beberapa saat kemudian, dia call aku balik. Tengah-tengah dia bagi direction tu, hahahaha tiba-tiba je aku dah sampai dekat depan company dia hahaha sengal je..

Lepas sampai tu, aku pun masuklah office dia. Isi borang semua.... lepas tu dia panggil masuk untuk di temuduga. Soalan dia senang je. Dia suruh aku perkenalkan diri. Lepas tu dia tanya itu ini...tapi yang lebihnya dia  je yang bercakap......dia suka cerita.... semua benda dia dah cerita. Dari management, owner company tu...waaa yang interesting nya... shareholder company tu terdiri daripada 2 orang KERABAT DIRAJA! hahaha untung-untung impian aku termakbul tahun ni Amir Izzat! jadi Cinderella versi moden kawen dengan kerabat diraja haha heee ok... berbalik kepada tadi... semua perkara tentang company tu dia dah cerita. Sampai aku dah tak tau nak tanya apa.

Masa dia tengok result-result exam aku, dia ternampak subject Financial Mathematics haha! dia kata dia benci subject tu... waa see, Mr. Leong and Miss Yana have a chemistry. Masa temuduga tu, gila aku dah lupa cara duduk dan sebagainya sebab Mr. Leong very cool man. Relax je....tak adalah formal..just santai-santai je. Macam jumpa kawan lama je lagaknya..siap gelak-gelak lagi. Aku ni pulak, memang jenis PENDENGAR SETIA, aku pun buatlah muka beria-ia dengar walaupun aku tak berapa nak faham sangat apa yang dia cakap..sebab percakapan dia agak tak jelas dan laju. Dia pula, tak tau cakap melayu.... terpaksa lah sepanjang interview tu aku speaking...bila aku guna term melayu dia dah tak faham.

Hahaha apa-apa pun...nilah interview paling best dan sempoi.

Dapat ke tak? haha entah! tadi masa interview aku sorang je yang ada dekat situ tak nampak pun orang lain. Dalam mimggu depan, kalau dapat nanti dia akan call aku. So, berdoa dan bertawakkal je lah ye.

Masuk Office dia..pukul 2.15 petang,  keluar Office dia, masuk dalam kereta...tengok jam dekat dashboard 3.45 petang....haha lama betul. Tu lah Mr.Leong banyak bercerita sangat.... =_=" 

Kesian Abah tunggu lama.

Sekian terima kasih.....



Tuesday, 1 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU

Assalammualaikum...

Hai... selamat tahun baru semua... (^_^)

Maka berakhirlah sudah tahun 2012, yang begitu banyak al kisah. Ada suka ada duka. Ada manis ada pahit. Apa pun, biarlah peristiwa-peristiwa tersebut menjadi sejarah dalam hidup. Tak perlu dikenang, tak perlu diingati dan tak perlu diungkit andai itu menyakitkan diri. Hehehe

Tahun 2013

Maka, bermulalah lembaran baru dan hidup baru. Bukan lagi sebagai seorang pelajar tetapi sebagai pencari rezeki di bumi Malaysia ini. Bila dah bergelar pekerja dan ada gaji sendiri...mestilah ada target-target yang nak dicapai... Azam tahun ni...

* Beli kereta.
* Nak kahwin @ tunang ( tapi calon tak ada.....)
* Menjadi hambaNYA yang lebih baik.
* Ambil ACCA!

Tahun ni diharapkan lebih baik daripada tahun sebelumnya lebih ceria lebih senyuman lebih manis..tiada lagi air mata!!!!!!!! yeah!! you can do it sayang haha

Baiklah, selamat malam semua.... i love u..



Monday, 31 December 2012

Temuduga Pertama What Happen?

Assalammualaikum

Di hari yang mendung ini, tidak kelihatan sang mentari. Mungkin malu menunjukkan diri..lalu dia bersembunyi di balik tirai awan.

Temuduga Pertama.

So, macam mana? haha jawapannya....ok dengan sengajanya saya menolak tawaran tersebut setelah melihat apa yang saya lihat dan fikir apa yang saya fikir sebelum ini dengan sebaik-baiknya. Semua ini dibuat diatas sebab-sebab tertentu. Kali ni dah masuk 2 tawaran aku menolak, hoi DEMAND betul! macam bagus sangat... 

Diharap temuduga yang lagi satu ni tak ada sebarang masalah yang timbul. Tapi macam tipis je..sebab jawatan yang ditawarkan tu agak besar dan aku tak ada pengalaman dalam description job yang disenaraikan, kalau dia nak ajar boleh lah... hahaha apa-apa pun.... cuba je lah.

Kenapalah permohonana aku yang setakat kerani tu tak dipanggil-panggil. Dahlah senang, dekat pulak tu dengan rumah.

Haha lupa nak cerita, pagi tadi merempet dari Port Klang ke Puchong semata-mata nak pergi interview, bukan main jauh lagi aku datang. Bukan main laju my brother bawa motor, rasa nak terbang melayang-layang pun ada. Tudung bawal aku? jangan cakaplah... habis digubah-gubah oleh angin. Nasib baik pakai kemeja dengan seluar slack kalau baju kurung...hmm hilang keayuan aku hahaha (perasan betul cik yana ni)

Oklah...sampai sini dulu kita bersembang bersendirian ye.... lain kali jumpa lagi.
Ikhlas dari penganggur Demand

Thursday, 27 December 2012

REZEKI YANG DATANG

assalammualaikum

Hari ni mood gembira sebelum buka email. Selepas buka email dan baca email yang dinanti-nanti... akhirnya tersenyum aku dipanggil untuk interview bagi jawatan auditor/ account assistant. Tapi sayang bila tengok pejabat dia dekat Puchong, ada kegusaran disitu. Again! masalah transport nak ke sana.... hmmm hati rasa tak senang.. apa yang perlu dibuat. Peluang dah ada..... sanggup tak sanggup. Ya Allah....

Wednesday, 26 December 2012

KEPENATAN MENCARI KERJA

Assalammualaikum..

Harini tak ada mood nak senyum-senyum... sebabnya penat sangat mencari kerja. Mana taknya.. menapak ronda-ronda cari kerja dekat pekan Pelabuhan klang tu..jalan kaki pulak tu dengan panasnya...semoga kepenatan sementara ni membuahkan hasil..dapat lah kerja...harap sangat ada orang call tak pun esok hantar form terus dapat haha 

Duit pun dah banyak habis dekat print resume je ni.... nampak makanan pun kena tahan sebab semua duit untuk pergi cari kerja. Sadis betul...

Baiklah..malam ni nak tidur awal... tunggu orang tu online pun tak guna...tak muncul-muncul. Hai..rindu ke? hmmm entahlah. 

Malam yang tiada mood.