Monday, 31 December 2012

Temuduga Pertama What Happen?

Assalammualaikum

Di hari yang mendung ini, tidak kelihatan sang mentari. Mungkin malu menunjukkan diri..lalu dia bersembunyi di balik tirai awan.

Temuduga Pertama.

So, macam mana? haha jawapannya....ok dengan sengajanya saya menolak tawaran tersebut setelah melihat apa yang saya lihat dan fikir apa yang saya fikir sebelum ini dengan sebaik-baiknya. Semua ini dibuat diatas sebab-sebab tertentu. Kali ni dah masuk 2 tawaran aku menolak, hoi DEMAND betul! macam bagus sangat... 

Diharap temuduga yang lagi satu ni tak ada sebarang masalah yang timbul. Tapi macam tipis je..sebab jawatan yang ditawarkan tu agak besar dan aku tak ada pengalaman dalam description job yang disenaraikan, kalau dia nak ajar boleh lah... hahaha apa-apa pun.... cuba je lah.

Kenapalah permohonana aku yang setakat kerani tu tak dipanggil-panggil. Dahlah senang, dekat pulak tu dengan rumah.

Haha lupa nak cerita, pagi tadi merempet dari Port Klang ke Puchong semata-mata nak pergi interview, bukan main jauh lagi aku datang. Bukan main laju my brother bawa motor, rasa nak terbang melayang-layang pun ada. Tudung bawal aku? jangan cakaplah... habis digubah-gubah oleh angin. Nasib baik pakai kemeja dengan seluar slack kalau baju kurung...hmm hilang keayuan aku hahaha (perasan betul cik yana ni)

Oklah...sampai sini dulu kita bersembang bersendirian ye.... lain kali jumpa lagi.
Ikhlas dari penganggur Demand

Thursday, 27 December 2012

REZEKI YANG DATANG

assalammualaikum

Hari ni mood gembira sebelum buka email. Selepas buka email dan baca email yang dinanti-nanti... akhirnya tersenyum aku dipanggil untuk interview bagi jawatan auditor/ account assistant. Tapi sayang bila tengok pejabat dia dekat Puchong, ada kegusaran disitu. Again! masalah transport nak ke sana.... hmmm hati rasa tak senang.. apa yang perlu dibuat. Peluang dah ada..... sanggup tak sanggup. Ya Allah....

Wednesday, 26 December 2012

KEPENATAN MENCARI KERJA

Assalammualaikum..

Harini tak ada mood nak senyum-senyum... sebabnya penat sangat mencari kerja. Mana taknya.. menapak ronda-ronda cari kerja dekat pekan Pelabuhan klang tu..jalan kaki pulak tu dengan panasnya...semoga kepenatan sementara ni membuahkan hasil..dapat lah kerja...harap sangat ada orang call tak pun esok hantar form terus dapat haha 

Duit pun dah banyak habis dekat print resume je ni.... nampak makanan pun kena tahan sebab semua duit untuk pergi cari kerja. Sadis betul...

Baiklah..malam ni nak tidur awal... tunggu orang tu online pun tak guna...tak muncul-muncul. Hai..rindu ke? hmmm entahlah. 

Malam yang tiada mood.

Tuesday, 25 December 2012

DIA ADALAH.... (PART 2)

19 November 2012
8.45 malam

Sedang asyik Hanna menonton rancangan kegemarannya di televisyen, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Alangkah derasnya jantung Hanna berdegup apabila melihat meseg tersebut daripada Asraf. 

" Hai" sapa Asraf dia dalam meseg.
" Hai" balas Hanna.
" Buat apa tu..buzy nampak?"
"Awak buat macam tak ada apa-apa yang berlakukan?"
"Hmm sorry..."
"Hmm kenapa buat saya macam ni? kenapa tak bagi tau awal-awal kalau awak dah ada yang lain?"
" Hmm"
" Kenapa tak jawap soalan saya? Hmm tak apalah.benda dah jadi..saya doakan awak bahagia bersama dia. Mungkin ni takdir kita, awak bukan orang yang saya cari selama ini."
" Maafkan saya... awak masih marahkan saya?"
"Tak... saya dah lama maafkan awak. Saya tak tahu kenapa saya tak boleh marah awak walaupun awak buat macam ni. Awak mungkir janji..awak yang suruh saya tunggu awak, tapi sekarang....hmmm mak awak salah hantar rombongan meminang."
"Awak masih ada dalam hati saya."
" Sudahlah awak... awak dah jadi tunang orang. kita dah tak ada apa-apa... saya akan cuba sedaya saya lupakan awak, lupakan cinta kita. Awak dah bertunang dengan dia, awak kena jaga hati dia. Tak lama lagi awak pun dah nak kahwin kan? hmm bila awak nak kahwin?
" Tak nak kahwin!"
" Mengadalah awak ni... nanti kahwin jangan lupa jemput saya."
" Jangan mengarutlah."
" Saya tak mengarut. Awak pernah dengar lagu disana menanti di sini menunggu?cerita dalam lagu tu sama macam cerita cinta kita. Akhirnya awak pilih dia dan saya yang di kejauhan ini mengundur diri hahaha"
"Awak jangan merepek. saya yakin awak milik saya suatu hari nanti."
" Sudahlah awak. Saya pasrah dengan takdir ini. Saya doakan awak berbahagia bersama Mastura. Selamat malam..assalammualaikum." Balas Hanna mengakhiri perbualan itu.

   Walaupun Hanna masih tidak mampu membuang perasaan kasih , sayang dan cintanya kepada Asraf. Namun, dia gagahkan juga hatinya untuk menerima semua ini. Kerana dia yakin disebalik kekecewaan ini pasti ada hikmah yang tersembunyi.

   Malam itu, sekali lagi hatinya berduka, lantas tanpa disedari air mata membasahi pipi mulusnya.

" Adakalanya hidup ini umpama hirupan kopi. Kopi itu pahit, tetapi di dalam kepahitannya ada tersembunyi kemanisan yang akan dirasai dipenghujungnya."





Sunday, 23 December 2012

DIA ADALAH.... (PART 1)

11.00 pagi
28 oktober 2012 

     Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat Hanna, sebabnya hari ini hari lahir Asraf. Semalam dia dah hantar sms ucap selamat hari lahir haha sanggup dia menahan ngantok tunggu jam sampai  pukul 12 tengah malam, semata-mata nak jadi orang pertama yang wish birthday Asraf. Tapi Asraf tak balas pun sebab dia masih offphone macam selalu. Entahlah, dah penat mulut ni merungut dengan perangai dia ni tapi tetap macam tu jugak perangai dia.

    Selepas siap menolong mak mengemas rumah dan memasak, cepat-cepat Hanna masuk bilik. Apa lagi kerja dia kalau bukan hadap Facebook. Melihat kalau-kalau ada topik Hot yang boleh dia turut serta. Bukannya mengumpat tau, haaa tak baik tau mengumpat berdosa. Berbalik kepada tadi, hmmm Hanna mempunyai satu habit semenjak dari 3 tahun yang lepas, iaitu...tengok gambar boy friend sendiri dekat Facebook. Lebih kurang macam stalker lah... kenapa? mengapa? sebabnya.... boy friend Hanna tu... tak nak approve Hanna jadi friend dia dekat Facebook, katanya tak suka nanti Hanna berkawan dengan kawan-kawannya. Entahlah Hanna malas nak berdebat, sebabnya Asraf tak kan ambil peduli pun apa yang Hanna cakap tu. Kalau tu kata dia, tu lah jugak dia nak. Hanna lebih memahami Asraf. Selepas puas menatap wajah si buah hati, tiba-tiba terlintas di hati Hanna untuk melihat seorang lagi mangsa-mangsa stalkernya. Semenjak dari satu peristiwa yang menggegarkan dunia percintaan mereka, Hanna rajin stalker Facebook Mastura. Mastura ni rakan sekuliah dan sepoliteknik dengan Asraf.

    " Hah!" Hanna menjerit kecil apabila melihat profile picture Mastura. Jantungnya berdegup pantas, terasa darah naik sehingga ke kepala. Dadanya tiba-tiba sahaja terasa sakit. Terkejut bukan kepalang, apabila melihat lelaki di sebelah Mastura di dalam gambar tersebut. Dengan pantas, jari-jemari Hanna klik photo mencari-cari album profile picture milik  Mastura. Ingin melihat dan mendapatkan kepastian dengan sejelas-jelasnya bahawa itu adalah Asraf. Alangkah sakitnya hati Hanna apabila membaca komen-komen yang tertera jelas mengucapkan tahniah atas pertunangan diantara Mastura dan Asraf.

    Lama Hanna merenung gambar tersebut. Ingin menangis tetapi tiada air mata yang hendak keluar. Ingin marah tetapi tiada perasaan marah yang hendak diluahkan. Lantas Hanna menutup laptopnya, dan mencapai handphone. Dia menaip meseg kepada Asraf mengucapkan tahniah diatas pertunangan itu serta mendoakan kebahagian mereka. Dia menyeka air matanya dan segera bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewanya di Sabak bernam.

   3.00 petang

   Hanna berseorangan menunggu bas ke Kuala Selangor. Dia bersandar di dinding, melihat orang-orang yang lalu lalang dihadapannya. Cuba untuk melupakan apa yang dilihat pagi tadi. Namun dia gagal, air matanya mula bergenang di tubir mata, cuba menahan sebak didada dan berharap bas akan tiba secepat mungkin. Sebaik sahaja bas tiba dihadapannya, pantas sahaja Hanna melangkah masuk ke dalam bas. Hasratnya hanya satu, dia ingin menghamburkan air matanya yang tidak dapat ditahan lagi. Maka tanpa berasa malu, Hanna menangis di tepi tingkap, dia memalingkan wajahnya agar tiada penumpang lain yang melihat dirinya yang sedang diselubungi kesedihan. Disitu Hanna melepaskan kesedihannya sendirian sambil telinganya disajikan dengan lagu-lagu tamil yang dipasang oleh Driver bus.



   

   

    


Friday, 21 December 2012

DOA PEMBUKA 12 PINTU

Assalammualaikum...

Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang cukup indah dengan kau orang semua. Doa ni aku cari dalam internet... sebabnya mak yang suruh cari.. dia kata amalkanlah doa ni...supaya dipermudahkan segala urusan. Buat kawan-kawan yang masih mencari-cari pekerjaan macam aku, bolehlah amalkan doa ni ye. Disamping kita sibuk berusaha jangan lupa untuk menadah tangan memohon padaNYA.



Sesungguhnya ISLAM Itu Cukup Indah

Monday, 17 December 2012

Bila Rindu..... Apa Mau Bikin?

Assalammualaikum...

Hari ni tajuk yang terlintas di fikiran... Bila Rindu..Apa Mau Bikin?
Bila rindu dekat orang yang kita ingat, hanya mampu berkata-kata dalam hati
" saya rindu awak" sambil jeling-jeling handphone.

Bila kita rindukan seseorang tapi kita tak mampu untuk menghubungi dia sama ada sebab tak nak call, atau tak nak hubungi dia lagi atau kredit anda tidak mencukupi, atau tak ada talian ditempat anda atau anda dah buang number dia atau anda terlalu ego atau..... sudah cukup sudah...

Kalau akulah kan...aku akan tengok gambar orang tu....orang tu.. orang-orang yang kita rindulah...hehe
Tak apa lah, kalau tak dapat nak cakap dengan dia..kita cakap je dengan hati pasti dia pun akan tau kita rindu dia..haha yeke?? pandai-pandai kau ni....

Tak pun kalau nak nampak DRAMA sikit, bukak tingkap - pergi merenung bulan dan bintang lepas tu pasang lagu P.RAMLEE... "Tunggu sekejap....wahai kasih...hujan renyai diluar....." haha sikit jelah ye....

Kalau yang duduk rumah flat tu best jugak kan? nak-nak lagi rumah paling atas...bulan setara je rasa...haha angin sepoi-sepoi bahasa..feeling habis..

Hmm rindu...biarlah ia dibawa angin lalu... biarlah rindu ini sekadar dibisikkan di angin lalu...



Buat anda yang merindui mereka yang telah pergi buat selamanya....
Kirimkanlah mereka dengan sedekah ayat-ayat suci AL QURAN serta DOA buat mereka disana...