Sunday 23 December 2012

DIA ADALAH.... (PART 1)

11.00 pagi
28 oktober 2012 

     Hari ini merupakan hari yang paling istimewa buat Hanna, sebabnya hari ini hari lahir Asraf. Semalam dia dah hantar sms ucap selamat hari lahir haha sanggup dia menahan ngantok tunggu jam sampai  pukul 12 tengah malam, semata-mata nak jadi orang pertama yang wish birthday Asraf. Tapi Asraf tak balas pun sebab dia masih offphone macam selalu. Entahlah, dah penat mulut ni merungut dengan perangai dia ni tapi tetap macam tu jugak perangai dia.

    Selepas siap menolong mak mengemas rumah dan memasak, cepat-cepat Hanna masuk bilik. Apa lagi kerja dia kalau bukan hadap Facebook. Melihat kalau-kalau ada topik Hot yang boleh dia turut serta. Bukannya mengumpat tau, haaa tak baik tau mengumpat berdosa. Berbalik kepada tadi, hmmm Hanna mempunyai satu habit semenjak dari 3 tahun yang lepas, iaitu...tengok gambar boy friend sendiri dekat Facebook. Lebih kurang macam stalker lah... kenapa? mengapa? sebabnya.... boy friend Hanna tu... tak nak approve Hanna jadi friend dia dekat Facebook, katanya tak suka nanti Hanna berkawan dengan kawan-kawannya. Entahlah Hanna malas nak berdebat, sebabnya Asraf tak kan ambil peduli pun apa yang Hanna cakap tu. Kalau tu kata dia, tu lah jugak dia nak. Hanna lebih memahami Asraf. Selepas puas menatap wajah si buah hati, tiba-tiba terlintas di hati Hanna untuk melihat seorang lagi mangsa-mangsa stalkernya. Semenjak dari satu peristiwa yang menggegarkan dunia percintaan mereka, Hanna rajin stalker Facebook Mastura. Mastura ni rakan sekuliah dan sepoliteknik dengan Asraf.

    " Hah!" Hanna menjerit kecil apabila melihat profile picture Mastura. Jantungnya berdegup pantas, terasa darah naik sehingga ke kepala. Dadanya tiba-tiba sahaja terasa sakit. Terkejut bukan kepalang, apabila melihat lelaki di sebelah Mastura di dalam gambar tersebut. Dengan pantas, jari-jemari Hanna klik photo mencari-cari album profile picture milik  Mastura. Ingin melihat dan mendapatkan kepastian dengan sejelas-jelasnya bahawa itu adalah Asraf. Alangkah sakitnya hati Hanna apabila membaca komen-komen yang tertera jelas mengucapkan tahniah atas pertunangan diantara Mastura dan Asraf.

    Lama Hanna merenung gambar tersebut. Ingin menangis tetapi tiada air mata yang hendak keluar. Ingin marah tetapi tiada perasaan marah yang hendak diluahkan. Lantas Hanna menutup laptopnya, dan mencapai handphone. Dia menaip meseg kepada Asraf mengucapkan tahniah diatas pertunangan itu serta mendoakan kebahagian mereka. Dia menyeka air matanya dan segera bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewanya di Sabak bernam.

   3.00 petang

   Hanna berseorangan menunggu bas ke Kuala Selangor. Dia bersandar di dinding, melihat orang-orang yang lalu lalang dihadapannya. Cuba untuk melupakan apa yang dilihat pagi tadi. Namun dia gagal, air matanya mula bergenang di tubir mata, cuba menahan sebak didada dan berharap bas akan tiba secepat mungkin. Sebaik sahaja bas tiba dihadapannya, pantas sahaja Hanna melangkah masuk ke dalam bas. Hasratnya hanya satu, dia ingin menghamburkan air matanya yang tidak dapat ditahan lagi. Maka tanpa berasa malu, Hanna menangis di tepi tingkap, dia memalingkan wajahnya agar tiada penumpang lain yang melihat dirinya yang sedang diselubungi kesedihan. Disitu Hanna melepaskan kesedihannya sendirian sambil telinganya disajikan dengan lagu-lagu tamil yang dipasang oleh Driver bus.



   

   

    


No comments:

Post a Comment